Ketika Pilihanraya Umum 2004, Barisan
Nasional berjaya mencatat keputusan yang terbaik dalam sejarah politik
Barisan Nasional apabila mendapat sokongan hampir keseluruhan rakyat
Malaysia berdasarkan kerusi parlimen yang diperolehi. Itu tahun 2004.
Masa terus berubah, Mahathir bangkit
melawan dan terus menentang Pak Lah dan lebih menyokong kepimpinan Datuk
Seri Najib Razak sebagai perdana Menteri, sehingga Pak Lah tersungkur
beberapa bulan selepas Barisan Nasional gagal mendapat 2/3 majoriti buat
pertama kali sejak Pilihanraya Umum 1969. Terbaru….
Kalau dahulu Datuk Najib mendapat sokongan penuh daripada Tun Mahathir Mohamad, kali ini nasib yang diterima Pak Lah
akan sekali lagi mungkin menimpa Datuk Najib sebagai pemimpin tertinggi
UMNO Barisan Nasional sekaligus merangkap Perdana Menteri Malaysia
apabila Tun Mahathir sudah mula meniupkan semboyan yang bunyinya agak
keras….
Seperti penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga perlu berundur sekiranya gagal menunjukkan prestasi baik dalam pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.“Saya kata secara teorinya, jika beliau tidak melakukan dengan baik, sudah tentu kedudukannya tidak stabil,” kata bekas perdana menteri dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.Menjawab soalan lain, Dr Mahathir enggan menamakan pihak yang patut menggantikan Najib sekiranya beliau berundur.“Saya tidak ada sebarang calon. Saya tidak jangkakan perkara ini akan berlaku… Saya hanya bercakap daripada segi teori,” katanya lagi.
Sumber : Bernama
Kami sebenarnya tidak pasti berapa lama
lagi Tun Mahathir mahu berpolitik. Adakah sehingga Datuk Mukhriz Tun
Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah barulah suara Tun Mahathir akan
kurang kedengaran? Adakah begitu?
“Sebab kerap benar, kami perhatikan sejak akhir-akhir ini Tun Mahathir begitu jauh mendahului kalangan pemimpin tertinggi negara ketika ini dlama berpolitik”
Kami sendiri mengakui, kami juga pernah
merasai Malaysia di bawah pemerintahan Tun Dr. Mahathir dahulu. Memang
kami juga akui ada banyak perubahan dan kebaikannya di zaman itu.
Tetapi cukuplah, berikanlah golongan
dipilih sekarang ini untuk mengendalikan parti UMNO dan Barisan Nasional
dengan gaya tersendiri. Zaman pemerintahan anda (Tun Mahathir) sudah
lama berlalu. Tun Abdullah pun yang merupakan Perdana Menteri sebelum
Najib pun kurang mencampuri urusan pentadbiran Najib Razak.
Jadi yang sudah bersara sekitar 10
tahun, untuk apa lagi mencampuri secara keterlaluan pentadbiran yang ada
sekarang secara keterlaluan? Datuk Najib masih tercari-cari tarikh
untuk mengumuman pembubaran parlimen Pilihanraya Umum ke 13 (SEPERT DI SINI) yang terus dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Jadi usahlah menambah beban di bahunya sekarang ini….
Apa pendapat dan pilihan anda pula?
1 ulasan:
Kalau dah kalah teruk tentunya pr yang menerajui . Najib akan tersungkur dengan sendirinya. Tak perlu letak jawatan sebagai Perdana Menteri kerana beliau tidak boleh lagi jadi Perdana Menteri. Yang perlu dia meletakan jawatan ialah sebagai Presiden Umno dan Pengerusi BN ....
Catat Ulasan