Pejam celik, pejam celik, sudah lima
tahun rupanya Selangor diperintah oleh Pakatan Rakyat. Ini bermakna
selama 5 tahun, rakyat diberikan peluang meneliti dan menilai kepimpinan
PR dan membandingkannya dengan BN. Meneliti kenyataan mantan Perdana
Menteri keempat, Tun Dr Mahathir baru-baru ini keadaan negeri Selangor di dalam keadaan kacau-bilau dan haru-biru terutamanya melibatkan orang Melayu dan yang beragama Islam. Benarkah?
Tun Abdullah Ahmad Badawi yang telah pun
meletakkan jawatan sebelum ini, kurang kedengaran kenyataannya di
media. Tetapi tidak bagi Tun Dr. Mahathir. Kami jangkakan Tun Dr
Mahathir akan menjadi semakin aktif dan aktif sehinggalah hari mengundi
pada Pilihanraya Umum ke 13 kelak
Selangor perlu diselamatkan daripada pembangkang bagi memastikan hak dan kedudukan orang Melayu serta Bumiputera terus kekal di negeri itu, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Beliau berkata, Pakatan Rakyat yang telah pun menguasai ekonomi di Selangor kini mempunyai keinginan yang tinggi untuk menguasai politik di negeri itu.“Sebelum ini ketika Selangor di bawah Barisan Nasional (BN) kita dapat lihat pertumbuhan ekonomi begitu pesat dan orang Melayu serta Bumiputera turut diberi tempat, sebab itu kita hidup lebih bahagia daripada dahulu.“Sekiranya pembangkang menang dan tadbir Selangor percayalah kedudukan orang Melayu dan Bumiputera akan diketepikan. Sebab itu kita harus bertindak segera untuk yakinkan rakyat di Selangor supaya jatuhkan kerajaan pembangkang dan gantikannya dengan kerajaan BN yang dipimpin oleh Umno.
Kepada Tun Dr Mahathir di Selangor
Pakatan Rakyat adalah kerajaan, UMNO Barisan Nasional adalah
pembangkang. Jadi apa kemahuan Tun Sebenarnya? Jikalau di Johor, UMNO
Barisan Nasional adalah kerajaan, Pakatan Rakyat adalah kerajaan.
“Akan sia-sialah pengorbanan kita kalau Selangor tidak diselamatkan,” katanya ketika penutup konvoi ‘Selamatkan Selangor’ anjuran Perkasa Selangor di sini hari ini.Dr Mahathir berkata, kelemahan dua parti dalam pakatan pembangkang pimpinan orang Melayu menyebabkan pihak lain tidak menghormati kaum itu bahkan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera hendak dihapuskan oleh mereka.“Kita juga ingin tegaskan bahawa bahasa Melayu dan agama Islam ialah bahasa dan agama rasmi negara kita jadi mereka harus hormati hak kita sepertimana kita hormati hak mereka tetapi disebabkan kepimpinan Melayu dalam pakatan (pembangkang) amat lemah mereka sering ikut sahaja rakan mereka termasuk bila desak kalimah Allah boleh digunakan (dalam Bible) maka (Presiden Pas Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun tandatangan beri hak itu kepada mereka.
“Bila mereka cadang nak lucut hak istimewa orang Melayu, pembangkang yang kononnya dianggotai dua parti pimpinan Melayu sanggup ikut apa sahaja yang dituntuKalau kita tak berjaga-jaga kita akan hilang sama sekali hak kita di bumi kita sendiri dan segala usaha untuk bangunkan orang Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan oleh mereka (pembangkang),” katanya. – Bernama
Apa kata rakyat Selangor di sini?
Setakat ini, adakah anda terasa tergugat di bawah pemerintahan Pakatan
Rakyat? Atau anda sudah merasakan sudah tiba masanya mahu beralih semula
kepada UMNO dan Barisan Nasional?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan