Wartawan Buletin
Pengarah Majlis Tindakan DUN (MTD) Jabi, Dr. Azman Ibrahim menegaskan demikian ketika menziarahi warga emas yang uzur dan sakit bersama para doktor dari Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina (Papisma) ke rumah seorang warga emas di kampung Bukit Jeruk, Jabi, dekat sini semalam, pada Jumaat 1 Mac.
"InsyaAllah, jkalu kita dipilih jadi kerajaan nanti, tak payah bayar caj ini, bayaran wad kelas tiga kerajaan PAS akan tanggung sebab kita akan dapat royalti minyak sebanyak 20%, jadi kita akan tnaikan kebajikan dan beri hasil negeri untuk rakyat,"ujarnya, apabila ditunjukkan bil bayaran wad kelas 3 oleh seorang warga emas yang dilawati.
Sebanyak 32 rumah telah dilawati oleh kumpulan doktor tersebut, dalam rangka program 'Doktor Turun ke Kampung Bersama Rakyat' yang dianjurkan bersama oleh MTD Jabi dengan Papisma. [Lihat Video]
Mengulas potensi kemenangan DUN Jabi menghadapi PRU-13 yang semakin hampir, beliau yang juga anggota Perhubungan PAS negeri, sangat optimis, DUN tersebut akan kembali ke tangan PAS setelah dua penggal 'dipinjam' oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, antara faktor utama yang akan meningkat undi PAS adalah pengundi muda yang rata-rata memiliki pemikiran yang lebih bebas dan terbuka.
"InsyaAllah kita akan ambl kembali DUN Jabi......kita beri pinjam ke Umno selama dua penggal, sebelum tu kita dah menang beberapa kali, jadi 'ini kalilah' pusingan kita sebab antara faktornya adalah pengundi muda,
"mereka ada pendidikan, mesra teknologi maklumat, pemikiran lebih terbuka dan bebas dari sebarang ikatan 'termakan budi'........sebab mereka tahu, apa yang mereka perolehi dari kerajaan bukan masalh budi, tetapi suatu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh kerajaan,"jelasnya.
Selain itu, katanya, antara yang menjadi percakapan rakyat adalah, wakil rakyat sedia ada sekarang, bukanlah mementingkan rakyat, tapi mementingkan diri sendiri.
"itu orang ramai, rakyat yang kata, sebab ada satu kes............ tanah yang dipohon oleh rakyat, tiba-tiba tidak diluluskan, bila sipemohon semak, rupa-rupanya bertindih dengan permohonan atas tanah yang sama oleh wakil rakyat,"tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan