WFAUDZAN NS
Malam kelmarin (19hb Mac 2013), satu ceramah anjuran JATI di
Bersebelahan Sukaramai Seafood, Batu Belah Klang, Selangor telah
diadakan. Bak kata Blogger Omak Kau, kali ini lori ikan tidak
digunakan...rosak kot!! Tajuk ceramah " Lahad Datu - Siapa Pengkhianat
dan Dalang". Biarpun pemimpin Umno selalu sebut jangan politikkan isu
Lahad Datu, tapi siapa peduli?
Tentulah penceramah utama malam itu Hassan Jati iaitu orang yang telah ditendang keluar dari PAS akibat meroyan tidak tentu pasal salahkan parti bila jawatan dan kedudukan di dalam parti diambil orang. Sekor lagi yang berceramah malam itu bekas orang kuat KEADILAN, Senatak (Senator Katak) Ezam sesumpah, sekor lagi yang menjual maruahnya melutut kepada pemimpin Umno akibat sesak hidup seperti yang pernah didedahkan oleh Syed Husin Ali, bekas Timbalan Presiden KEADILAN sendiri.

Baru-baru ini pertubuhan yang bernama 'BERSATU' telah diwujudkan di mana
menggabungkan JATI, PERKASA, Waris Malaya dan beberapa pertubuhan cicak
mengkarung belaan Umno. Kumpullah banyak mana pun pertubuhan cicak
mengkarung ini namun rakyat sudah tahu tujuan BERSATU.
Sepatutnya setelah Anwar dilabelkan sebagai kaki seks, ejen negara
asing, ejen Yahudi dan kini dalang Lahad Datu, tentulah program malam
itu anjuran JATI ini mendapat sambutan hangat paling kurang 500 orang
para-para pencacai yang hadir mendengar. Tetapi lihat sahaja lah
berapa ramai manusia yang hadir dan beraba banyak 'Syaitan yang
dikenali' (ghaib) berada di kerusi kosong?
Kadangkala kesihan melihat Hassan Jati dengan Ezam sesumpah ini. Jika
dahulu sewaktu mereka berdua berada bersama rakyat menentang kezaliman,
setiap program mereka akan dihadiri tidak kurang dari 1000 orang.
Malangnya, setelah bersekongkol dengan pihak yang zalim dan perompak hak
rakyat, ini lah balasan yang mereka perolehi. Mungkin mereka tidak
perlu lagi kehadiran ramai orang untuk mendengar ceramah mereka kerana
jika tiada orang pun poket mereka tetap 'berisi'.
Begitulah keadaannya bila kita berada bersama kumpulan zalim. Di dunia
lagi telah dihinakan. Sebaliknya, semakin kuat fitnah ke atas Anwar,
lihat sahaja program beliau sentiasa mengundang kehadiran tidak pernah
kurang dari 5000 orang walaupun hanya sekadar program minum petang (Hi
Tea) sahaja. Ertinya, fitnah bukan budaya bagi rakyat yang
bertamaddun. Rakyat mahu mendengar hujah dan fakta berkaitan
dasar-dasar negara dan bukan cerita-cerita lucah.
Ehsan Foto: Blogger Omak Kau
Tiada ulasan:
Catat Ulasan