GEORGE TOWN — DAP hari ini menolak tawaran 10 minit
membentangkan manifesto di Radio Television Malaysia (RTM) untuk
menyampaikan mesej kepada pengundi, kata Setiausaha Agung Lim Guan Eng.
“Mereka melayan kita macam peminta sedekah, 10 minit waktu siaran
tidak bermakna kebebasan media,” kata Lim dalam sidang akhbar hari ini.
Ketua menteri Pulau Pinang itu memberi respon terhadap kenyataan
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim
Jumaat lalu setiap parti politik diberikan masa 10 minit yang dirakamkan
sebelumnya untuk membentangkan manifesto menjelang pilihan raya umum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan