Malah katanya, parti itu juga bersedia dibatalkan pendaftaran sekiranya didapati tidak mematuhi undang-undang dan peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
“Kami rela disiasat dan ini merupakan komplot politik untuk mengharamkan DAP. Jika simbol roket (DAP) diharamkan, mungkin calon terpaksa memilih alternatif lain sebagai anggota bebas, atau pakai simbol Pas dan PKR.
“Ini saya lihat mengeratkan perpaduan di kalangan Pakatan Rakyat dan ia bukan satu perkembangan yang tidak baik,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Taman Universiti, di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab mengenai gesaan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa pemilihan CEC itu menimbulkan keraguan di kalangan ahli DAP dan kredibiliti parti itu turut dipersoalkan.
Kit Siang berkata, beliau percaya keraguan yang ditimbulkan merupakan komplot politik yang cuba mengharamkan parti itu, sekali gus merencatkan untuk calon bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jelasnya, DAP yang ditubuhkan sejak 47 tahun lalu sangat telus dan bertanggungjawab dalam perjuangan politik mereka.
Sementara itu, mengulas kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menganggapnya sebagai calon touch and go, Kit Siang berkata, ia sesuatu yang tidak penting dan tidak relevan.
“Suka dia hendak bercakap apa pun, apa yang penting adalah pandangan rakyat. Perjuangan saya dalam arena politik selama ini akan menjawab apa yang diperkatakannya.
“Saya tidak kisah apa gelaran yang diberi, malah saya juga tidak mengetahui siapa calon MCA di Gelang Patah, sama ada muda atau tua.
“Jika saya mahu selamat, saya bertanding terus di Ipoh Timur dengan kemenangan majoriti lebih 21,000 undi pada PRU lalu,” katanya.
Dalam kenyataan media yang dipapar pada laman sesawang MCA, Soi Lek menyatakan berdasarkan rekod, Kit Siang tidak pernah lama mewakili satu-satu kawasan dengan pengalaman bertanding sebanyak 10 kali, menang tujuh dan kalah tiga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan