WFAUDZAN NS
DAIM, bekas Menteri Kewangan zaman mamak Kutty pun merepek sepertimana
bos dia dulu mamak kutty meroyan dan merungut siang malam apabila
melihat nyawa Umno kini semput-semput dan nazak menuju ke liang lahad.
Al maklumlah, mereka tahu benar apa yang berlaku kepada mereka dua ekor
ini sekiranya PR berjaya ke Putrajaya. Terbayang jaring besi di Sungai
Buluh, Tok jib pula terbayangkan tali gantung dengan wajah Altantuya.
Itu kisahnya.
Apa kata Daim apabila Umno kini terlalu fobia dengan Anwar? "Daim
berkata orang tidak harus membazirkan masa dengan Anwar kerana beliau
telah melepasi "tarikh luput" dan zaman ketua pembangkang itu telah
datang dan berlalu. Saya juga fikir yang anda tidak harus memberikan
terlalu banyak ruang berita untuk beliau. Itu yang beliau suka. Beliau
tidak suka bila tidak dihiraukan, jadi bagi saya jangan hiraukannya." (Petikan Malaysiakini).
Siapa yang bazirkan masa tu, wahai Daim? Bukankah puak-puak Umno yang
fobia dengan Anwar? Siang malam pemimpin mereka meratib nama Anwar di
dalam media pencacai mereka. Peliknya bila dicabar berdebat, kesemua
hilang telor. Tidak cukup dengan itu, mereka upah pula beruk-beruk
kampong yang lapar untuk mengganggu program Anwar. Tidak dapat Anwar,
dapat bas yang dinaiki oleh Anwar pun jadilah asalkan berbaloi dengan
upah RM20. Itulah perangai mereka yang Daim mungkin tidak tahu selama
ini. Maklumlah, Daim sudah banyak tinggal di luar negara menikmati
hasil rompakan sewaktu beliau menjaga hazanah negara dulu.
Kini beliau pulang sebentar ke negara ini. Mungkin untuk menziarahi
Umno yang sedang nazak sekarang. Mungkin itu juga pesanan atau amanat
Daim kepada Umno sebelum Umno disemadikan di muzium.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan