Khamis, 28 Mac 2013

Akademis Bermulut Sabut Diamlah



Oleh Mohd Sayuti Omar 

Ada beberapa orang akademik yang sudah dikenal pasti sebagai mulut sabut mendokong kerajaan kerana kekedudukan dan kepentingan diri, bukan atas dasar perjuangan... telah memberi pandangan mereka berhubung penolakan parti-parti gabungan Pakatan Rakyat terhadap tawaran tidak bermaruah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim kepada mereka untuk muncul di radio membentangkan manifesto masing-masing.

Masa yang diberikan hanya 10 minit saja itupun ia berbentuk rakaman, buka live. PAS, DAP dan PKR menolak tawaran tak bermaruah itu. Wajar kalau Pakatan Rakyat menolaknya kerana masa 10 minit bukan saja cukup untuk membentangkan manifesto, tetapi untuk kentut sementara najis keluar di dalam tandas pun tidak sempat.

Kalau gemula bekas ketua Umno di kampung saya dulu kalau dia masuk tandas tidak kurang 50 minit masa yang diambilnya.

Jadi masa yang diperuntukan Rais itu satu masa atau tawaran lawak dan tidak masuk akal sama sekali. Untuk bercakap soal keadilan dan kesaksamaan, jauh sekali. Justeru kalau mereka tolak adalah kena pada dan tepat. Biarlah parti-parti Pakatan tidak dapat menggunakan saluran emas itu, kalau hanya setakat 10 minit.

Jadi apabila beberapa orang akdemik 'mulut sabut' menempelak Pakatan Rakyat kerana menolak peruntukan itu maka mereka juga tidak kurang dan tidak lebih sama dengan Rais Yatim sahaja. Kalau Rais juga pernah menolak tesisnya sendiri, seorang daripada ahli akademik itu juga mempunyai pandangan songsang seperti Rais. Dia pernah menegaskan Malaysia sebagai tidak pernah dijajah. Pandangan itu bertentangan dengan sejarah negara yang mereka sendiri mendokongnya macam mengendung nangka curi.

Orang akademik ini menyifatkan penolakan peruntukan masa itu sebagai penakut, tidak berani serta tidak pandai mengambil kesempatan. Sebelum mereka mengulas begitu mereka aju dulu kepada Rais kenapa 10 minit? Apakah dengan memberi had masa sesmput itu yang penakutnya pihak UBN bukan pembankang. Kalau berani beri 1 jam atau 2 jam.

Inilah bangsa dan jenis orang sesetengah orang akademik di negara ini bila sudah pencen tidak tahu cara hendak mencari makan. Jadi bila mereka diupah diberi sagu atau dedak, maka mereka akan bercakap hatta melanggar disiplin yang mereka ungguli dan sanggup meletakkan diri mereka di bawah perut lembu.

Salah seorang lain pula mengulas penolakan itu kerana Pakatan Rakyat tidak boleh membentangkan manifestonya kerana mereka tidak mempunyai asas perjungan sama. Sekali lagi akademis ini membuatkan matanya tanpa melihat kepada Buku Jingga dan juga manifesto Pakatan yang dilancar baru-baru ini. Macam mana mereka diberi taraf sebagai akademis serta diberikan doktorat kalau secetek itu maklumat mereka mengenai hal ehwal negara.

Duhai orang akademik bermulut sabut ini, tidak payahlah anda bercakap. Makin lacat bercakap menjelaskan akan kemandulan politik anda. Tuhan telah menganugerahkan anda untuk berdodoi dalam akademik nah berdodilah di situ sampai lena. Kerja anda hanya menulis dan melakar impi dan harapan penuh idealis diatas kertas sahaja di mana tidak pernah menjelma menjadi kenyataan.

Duduklah diam-diam. Jangan bimbang dengan kedudukan dan kepentingan anda. Selagi kerajaan UBN berkuasa anda akan dijaga dan dididik macam anak-anak ayam kehilangan ibu yang akan diberi sagu oleh penternak. Duduklah diam-diam dan rangkalah apa-apa teori yang boleh anda merasakan UBN akan menang http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: