Jumaat, 22 Mac 2013

1,000 ikuti forum libatkan bekas Pengarah SB Sabah

Aliff Fikri

KUALA LUMPUR : Keghairahan mendapatkan maklumat sebenar berkaitan Tragedi Lahad Datu mendorong orang ramai berpusu-pusu mengikuti forum yang membincangkan isu keselamatan negara.

Forum bertajuk ‘Bicara Keselamatan dan Kedaulatan Negara: Lahad Datu’ di Dewan Datuk Ahmad Razali, Ampang itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk tempatan

Ia hasil inisiatif Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli  dengan kerjasama KEADILAN Ampang.
Acara dimulakan dengan kata aluan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin sebelum Rafizi Ramli selaku moderator mengambil alih pentas.

Ahli panel ialah bekas Pengarah Cawangan Khas Sabah, Yusuf Barji dan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Hamid.

polis rogol

Pada forum itu, Yusuf menyelar pimpinan Umno BN yang campur tangan dalam institusi kepolisan hingga menjejaskan prestasi pasukan itu.

Beliau menyifatkan perbuatan itu menyebabkan pasukan berkenaan berpecah belah dan memalit imej negatif terhadap polis.

Ghafir pula mengupas serba sedikit struktur ketenteraan yang tidak mengikut dasar ketenteraan, selain kelemahan risikan sebagai punca Tragedi Lahad Datu berlarutan hingga kini.

Tiada ulasan: