Rabu, 21 November 2012

Umno doakan kebaikan untuk PAS

Harakahdaily,


KOTA BHARU: Timbalan Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) 'mengalu-alukan' Umno apabila berkata Umno sentiasa mendoakan untuk kebaikan PAS.

"Umno kata mereka sentiasa mendoakan kebaikan untuk PAS, kerana:

Sebabnya;

1) Agar PAS sentiasa bersabar dengan kezaliman Umno merompak hasil petroleum di Kelantan dan negeri lain.

2) Agar PAS redha dengan penipuan Umno setiap kali pilihan raya umum.

3) Agar PAS memaafkan kejahatan Umno menahan para pejuang PAS dengan akta ISA.

4) Agar PAS menutup segala kesalahan rasuah dan penjarahan wang rakyat oleh pemimpin Umno.

5) Agar PAS jadi penyagak yang 'baik' macam Umno.

6) Sila tambah.."

Dengan ketulusan doa Umno ini, kata Nik Abduh, PAS membalasnya dengan doa kehancuran ke atas Umno.

"Alangkah teruknya PAS!" sindir Nik Mohamad Abduh.
PAS sebelum ini didakwa mendoakan kemusnahan untuk Umno sedangkan Umno sentiasa mendoakan kebaikan untuk PAS.

Tiada ulasan: