Khamis, 8 November 2012

UMNO dikejar “dosa dan bayang-bayang Memali

”Roketkini.com

KUALA LUMPUR: Dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya dalam BN semakin hilang arah apabila mereka sendiri terperangkap dengan permainan isu agama dan politik apabila terus menerus menuduh DAP sebagai golongan kafir harbi.

Sedangkan, DAP secara jelas dan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara.

Persoalannya, adakah perjuangan mengangkat Perlembagaan Persekutuan itu “kafir harbi”?

Tindakan jahat dan keji melabel DAP sebagai “kafir harbi” oleh lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia memang disengajakan sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak pernah mengeluarkan fatwa menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi”.

Dalam satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali, Kedah pada 1985.

“Sepertimana DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan Melayu,

“Sebaliknya, DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli PAS telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985,” ujar Guan Eng.-Roketkini.com

Tiada ulasan: