Khamis, 8 November 2012

Umno BN hipokrit pertahan Islam, tapi bisu kilang arak anak Mahathir

KEADILAN DAILY

SABAK BERNAM : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Umno BN hipokrit kononnya bertindak sebagai pembela bangsa Melayu dan Islam dengan memfitnah anak sulungnya, Nurul Izzah sebagai menggugat status Islam tetapi bisu tentang kelakuan pemimpin mereka sendiri.



“Siasatlah dia (Nurul Izzah) dahulu…tanyalah betul ke tidak. Yang kilang arak San Miguel milik anak Mahathir (Mohamad) itu, mereka (Umno BN) tak berani nak cakap kenapa?

“Mereka secara lantang melaungkan mana jabatan agama? Kalau Nurul Izzah, terus nak ambil tindakan, kalau ia melibatkan pemimpin Umno BN (didiamkan)?” katanya dipetik Media Selangorku.



Ketua Umum KEADILAN itu berucap pada Ceramah Merdeka Rakyat di Dataran Tanah Lesen Parit Baru, Sabak Bernam, malam tadi.

Isnin lalu, Utusan Malaysia pada muka depannya memanipulasi kenyataan Nurul Izzah dalam forum ‘Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab’ di Subang Jaya, Sabtu lalu.

Lanjutan putar belit akhbar pro-BN tersebut, Naib Presiden KEADILAN itu akan mengambil tindakan undang-undang diwakili peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah.

Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek memberikan kenyataan mengelirukan mengenai pelaksanaan hukum hudud di Malaysia secara berulang kali, namun pemimpin utama Umno BN termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengurnya malah mengambil pendekatan berdiam diri.

Tiada ulasan: