Rabu, 28 November 2012

Ucapan Muhyiddin Tiada Apa-Apa Pembaharuan

MSO

Ternanti-nanti juga sore tadi untuk mendengar apakah isi ucapan timbalan presiden Umno Muhyiddin Yassin sewaktu merasmikan serentak persidangan pemuda, wanita dan puteri parti itu. Memandangkan inilah persidangan terakhir sebelum pilihan raya umum ke-13 sudah tentu Muhyiddin alis Udin anak Yassin serius didalam ucapannya menyuntik semangat dan memberi pesan dan amanat kepada lebih 3,000 ahli sayap-sayap Umno itu.


Muhyiddin: Hanya hero Pak Pandir.
Dirasakan tidak ada masa untuk Udin bersenda ataupun memukul dan memburuk pembangkang tetapi lebih melihat ke dalam menguatkan jentera dan persiapan parti sendiri. Udin juga akan memberi sesuatu buah fikiran, formula untuk menang atau idea baru untuk difikirkan oleh ahli parti itu. Juga dibayangkan ucapannya itu akan membangunkan pemikiran orang diluar ataupun akan membuat semakan terhadap keputusan-keputusan yang mereka sudah buatkan hari ini.

Udin anak Yassin atau Umno tahu bahawa lebih 50% rakyat sudah membuat keputusan untuk mereka persembahkan didalam pilihan raya umum kelak. Masing-masing sudah membuat ketetapan parti mana yang hendak dipangkah. Apa lagi anak-anak muda yang dilihat mendahului membuat kesimpulan berbanding orang dewasa sekarang ini kerana mereka mendapat maklumat lebih awal dan meluas denhgan adanya internet, tentu Muhyiddin obses kepada situasi itu.

Justeru saya mengira beliau akan menjawab satu persatu mengenai tuduhan pembangkang dan apa juga persoalan terhadap kerajaan yang diecerkan di dalam ceramah dan juga alam siber. Banyak isu-isu yang membelit rakyat yang perlu dijelaskan atau pun membuang kusut masai pemikiran rakyat terhadap apa yang dilemparkan oleh pembangkang itu. Antaranya ialah isu penyelewengan dan rasuah, mengenai pembelian kapal selam, NFC, pemberian wang RM40 juta kepada Umno Sabah, penglibatan anak seorang menteri dengan jenayah, dan macam-macam lagi.

Begitu juga tuduhan bahawa kerajaan UBN tidak adil atau pun mengkhianti bangsa dan negara. Pendedahan ribuan ekar tanah rezab Melayu yang diambil untuk pembangunan tidak diganti sampai kini, begitu juga dengan pengambil tanah-tanah kerajaan yang bernilai komersial di ibu kota diberikan kepada syarikat kronis dengan harga murah untuk dimajukan; ia memerlukan penjelasan dan ketegasan dari kerajaan. Mungkin ahli Umno terdiri dari pemuda dan puteri apa lagi wanita yang hanya tahu menganggup, tidak mempertikaikan itu tetapi macam mana dengan orang atas pagar?

Isu-isu itulah yang perlu diungkit atau dicuit oleh Udin untuk mendapat perhatian dan diberikan reaksi kemudian dibahaskan didalam sidang masing-masing nanti. Tetapi sayang isu-isu atau perkara pokok yang menyentuh pemikiran umum itu tidak tersebut langsung oleh Udin. Apabila Udin mendiamkan isu-isu tiu ia seolah-olah mahu menyembunyikan isu-isu yang sedang menjadi suluhan rakyat itu dari dibahas. Ternyata tindakan itu tidak bijak dan merupakan kelemah dunia akhirat Udin kerana semua isu itu telah tersumbat kesekian lama dalam kepada orang ramai termasuk juga yang mendengar ucapannya di PWTC dan mereka memerlukan penghuraian secara langsung mengenainya. Apabila ia tidak disentuh orang juga menganggap Udin juga sebahagian orang Umno yang 'berpolot' dengan isu-isu berkenaan.

Begitu juga masalah perubahan besar sokongan orang bukan Melayu khasnya Cina sepatutnya menjadi fokus kepada Udin anak Yassin didalam ucapannya. Beliau tidak saja setakat mendakwa sokongan Cina dan India sudah pulih tetapi perlu mengemukakan bukti dan faktanya. Tanpa fakta orang hanya boleh mengangguk kepada Udin tetapi tidak mempercayainya.

Lantara itu beliau perlu mengajak perwakilan Umno bagaimana untuk menyakinkan kepada konsep pembahagian kuasa yang cuba hendak ditonjolkan itu. Setakat menyebut Umno melaksanakan konsep pembahagian kuasa ia tidak mencukupi tanpa dihurai dengan bukti-bukti ataupun bukti dan dalil pengikhtirafan dari orang Cina, India dan kaum ethnik lain.

Orang Cina sudah lama memerhati dan merasai sejauh mana kebermaknaan konsep berkenaan. Konsep berkongsi kuasa yang dijulang Umno itu diperiksa oleh mereka. Kenapa mereka lari dengan menyokong PR dalam pilihan raya lalu ialah kerana kepincangan dan kosnep itu yang tidak dapat memenuhui kehendak mereka. Umno hanya pandai menyebut dan mengarapkan konsep yang itu tetapi tidak jujur dalam melaksanakan. Orang Cina juga sedar kalau semasa Melayu Umno tindas dan tipu apa lagi mereka.

Apa yang berlaku ke atas rakyat Kelantan adalah satu dalil besar kepada orang Cina untuk melihat sejauh mana validnya konsep kongsi kuasa berkenaan dan keadilan kerajaan ditulangi Umno. Penganiayaan dilakukan ke atas Kelantan senantiasa dipantau oleh orang Cina. Selamanya mereka melihat itu sebagai bukti kesadisan dan kesombongan politik Umno.

Lantaran itu apabila Pakatan Rakyat membentang ekonomi yang adil, pemilikan harta dan khazanah negara yang sama rata, bermaufakat untuk masa depan negara tanpa meninggalkan asas-asas utama perjuangan Melayu; membela agama, mempertahankan bangsa dan menjaga negara, orang Cina berduyung-duyung untuk menyokong Pakatan Rakyat. Mereka sudah tentu merasa sangsi kepada Pakatan Rakyat tetapi atas dasar tidak salah kalau mencuba sesuatu yang baru, nampaknya mereka sudah nekad.

Peraliohan dan kepercayaan orang Cina kepada Pakatan Rakyat juga dijana oleh kekuatan dan politik Pas yang mengambil Islam sebagai dasar. Kesuksesan kerajaan Pas di Kelantan dibawah pimpinan Nik Aziz mengubah persepsi mereka terhadap Pas dan Islam itu sendiri. Di sini mereka mengukur mana yang sahih di antara Islam Pas dengan Islam disebut Udin anak Yassin. Konsep Islam tidak menganiyaan, tidak menipu, tidak rasuah sudah mulai difahami oleh orang Cina.

Permasalahan dan fenomena itulah yang sepatutnya dilontarkan Muhyiddin didalam ucapannya selama lebih satu jam itu. Tetapi malang ucapan beliau tidak membawa apa-apa pembaharuan dan tidak beresipi baru. Walaupun sesekali beliau cuba selitkan dengan jenaka, pantun dan penegasan tetapi ia tidak sedikit pun menyengat dan menggugah minda umum dan sangat longgar.

Bagi mereka yang menanti sesuatu dan ada kejutan amat kecewa dengan ucapan itu. Apa yang dilontar oleh Udin itu adalah isu-isu yang sudah digental dan digumpal oleh media massa PB sejak berbulan-bulan lalu. Udin hanya mengulangi dan membaca perkara yang sama dan sudah pun dijeluaki oleh orang ramai.

Mendengar ucapan Udin membelasah, meremeh dan menyinis Pas dan PKR tadi, khasnya Anwar Ibrahim tak ubah seperti membaca keratan-keratan akhabr lama Utusan Malaysia dan Berita Harian yang ditampal di papan kenyataan di ibu pejabat Umno.  Semua benda, iaini serangan ke atas Pas dan Anwar itu sudah pun ditulis beribu kali oleh media massa PB. Teks ucapan itu bolehlah dianggap sebagai kompilasi berita-berita fitnah dan liar dari Utusan dan Berita Harian semata-mata.

Menyimpul ucapan Udin anak Yassin itu ia memberikan rasa selesa untuk Pas dan Pakatan Rakyat. Pas dan Pakatan Rakyat boleh tidur lena kerana mereka tidak perlu berhadapan dengan bentuk idea, fromula serangan baru diberikan Udin. Bagi saya tidak sampai 5% orang yang berdiri di luar dewan PWTC itu tertarik dan merenung apa yang dilontarkan oleh Udin anak Yassin, apa lagi untuk diwacanakan esok harinya. Sebaliknya apabila beliau membelasah Pas, membelasah Anwar, mungkin itulah menyebabkan ada perwakilan menguap dan menggeleng-gelengkan kepala meghalau katuk menyebabkan orang akan menyifatkan politik Udin membenih dari politik bapa Mahafirau yang dijadikan idolanya... iaitu berdendam dan mengamalkan politik syaitan.

Pengkahiran ucapannya dengan berdoa dan laungan takbir tiga kali tidak juga menyentuh jiwa dan perasaan dan membuatkan orang merasakan Udin jauh Islamik dari Najib. Bahkan apa dibuat itu nampak janggal dan sumbang kerana ia dilafazkan dengan rasa penuh kemunafikan. Kandati malam ini Udin boleh tarik selimut kerana dia sudah melaksanakan tanggungjsawsab sebagai timbalan presiden yang ditradisikan itu iaini kena merasmikan perhimpunan tiga sayap parti. Dan malam ini dia telah melakukan tanpa ada apa-apa getaran dan keterjuaan kehebatan ideanya sebagai seorang ahli politik harapan masa depan.

Udin hanya sebagai Muhyiddin yang menjadi hero pandir kepada Mahathir kerana sanggup patuh kepada suruhan Mahathir agar membuat kenyataan supaya Abdullah BAdawi berhenti. Itu saja. Lusa kita dengar pula apakah kejutan dan idea baru dari Najib RAzak, atau ianya lebih kurang sama saja nada dan subjek yang akan dilontar.

Tiada ulasan: