RM134.84
bilion suatu angka yang cukup besar. Untung mereka. Berjaya mendapat
hutang yang dijamin oleh kerajaan Malaysia untuk kepentingan &
perniagaan mereka sendiri. Menurut laporan Pengurusan Pinjaman, Pasaran
Kewangan dan Aktuari dan Kawalan dan Pemantauan menunjukkan di sini
terdapat krisis yang melibatkan syarikat keluarga atau kroni yang
meminjam terlalu besar daripada institusi kewangan.
Mengikut
sejarah dana modal, dana harta diwujudkan supaya pengagihan kewangan
itu lebih telus dan teratur, tidak hanya bidang kuat kuasa Menteri
Kewangan atau Perdana Menteri semata.
Senarai KRONI Yang Hutang dengan Bank Negara Malaysia (BNM) & Jumlah Hutang?
- YTL – Tan Sri Francis Yeoh – RM53.1 Billon.
- Kumpulan Tan Sri Syed Mokhtar – RM34.3 Billon.
- Kumpulan Tan Sri Ananda Krisnan – RM18.4 Billon.
- Genting, Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong- RM16.4 Billon
- Kumpulan Berjaya – Vincent Tan (Sekitar RM8 bilion)
- Lion Group, Tan Sri Willian Cheng- RM3.8 Billion
Sekaligus
kalangan 6 orang taikun di Malaysia ini yang bukan terdiri daripada
kumpulan bukan GLC (agensi kerajaan) merupakan kumpulan yang paling
banyak berhutang iaitu sebanyak RM134.84 bilion atau 10 peratus dari
jumlah keseluruhan pinjaman dalam sistem perbankan negara.
Hansard di Dewan Rakyat
Dan
disebabkan jumlah pinjaman yang cukup besar ini
mengakibatkan keseluruhan sistem perbankan negara terdedah
kepada peminjam sejumlah kecil seperti anda, anda dan anda di sini.
Kalau diikutkan, memang ada garis panduan Bank Negara yang mengehadkan
pendedahan pinjaman kepada sebuah syarikat dan individu kerana risiko
kepada negara atau kerajaan.
Itu sebablah juga, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz
telah menegur Menteri Kewangan bahawa pendedahan beberapa individu
termasuk Tan Sri Syed Mokhtar & Kumpulan YTL mungkin menjejaskan
institusi kewangan untuk jangka masa pendek dan panjang. Ini soal
pinjaman yang ada kaitan dengan bon yang dikeluarkan. Kerajaan terdedah
dengan banyak pinjaman dalam bentuk penerbitan bon yang dibuat oleh
badan korporat yang diberi pinjaman kerajaan. Ini tidak termasuk RM50
bilion yang dikeluarkan oleh DanaInfra Nasional Berhad untuk projek MRT.
Sebahagian Kepentingan YTL:-
- YTL Power Services
- YTL Communications (Dapat projek RM 8 BILLION di Kementerian Pelajaran Malaysia)
- Electranet Private Lty
- Wessex Water
- PowerSeraya Limited
- ERL
- YTL Cement Berhad
- Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay
- YTL Land & Development
- YTL Hotels
- YTL Corporation Berhad Group
- YTL SV Carbon…
- Dan bukan itu sahaja senaraian portfolio yang dimilki kumpulan YTL ini
Dan
pastinya Francis Yeoh berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri
Malaysia, Tun Dr Mahathir kerana menganugerahkan projek mega untuk
dibina loji jana kuasa bebas oleh YTL (Paka dan Pasir Gudang) yang sebenarnya memberikan pulangan pendapatan yang besar kepada mereka iaitu menyumbang sejumlah 70% pendapatan kepada Kumpulan YTL.
Anda boleh saksikan sendiri 3 bahagian video di bawah ini yang
disediakan oleh pihak Bloomberg mengenai perjalanan syarikat kumpulan
YTL ini :
Jikalau sebelum ini, kami ada mengeluarkan laporan berita yang bertajuk “Anti Monopoli : Syed Mokhtar Monopoli Keperluan Harian Rakyat Malaysia? Hutang Cecah RM35 Bilion!!”
di atas pelbagai projek & perniagaan rakyat yang diberikan terus
kepada Syed Mokhtar, kali ini kumpulan YTL juga tidak terlepas peluang
untuk mendapat keistimewaan yang cukup baik daripada pihak kerajaan.
Yang
peliknya adakah wajar satu syarikat YTL, elektrik jana kuasa YTL dapat,
dan sekarang ini YTL baru memperolehi kontrak yang cukup lumayan
bernilai RM8 bilion untuk Kementerian Pelajaran bagi projek
1bestari.net. Ini bagi kami satu keputusan yang cukup aneh. Pengalaman
masih lagi tetapi berjaya mengalahkan pesaing lain yang cukup
berpengalaman termasuklah TM, Timedotcom, Maxis dan Celcom. Jadi,
mengapa YTL yang dapat pula projek tersebut. Apa yang istimewanya YTL
ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan