KEADILAN DAILY
KUANG : Pimpinan Umno BN sibuk menjaja istilah Islamik untuk mengaburi kecurangan dan penyelewengan yang mereka lakukan selama ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Bila buat sambutan Maal Hijrah, bersyarah tentang wasatiyah. Dalam masa sama, kontrak, balak, hilang. Beri pada keluarga dan kroni. Masalah ekonomi tak selesai.
“Nak jadi pemimpin kena berani. Usul kecam serangan Israel terhadap Gaza di Parlimen tapi Najib tak berani sebut nama Amerika dan Obama?.
“Jumpa Obama takut, Sebut nama Amerika takut. Balik rumah pun takut?” katanya disambut gelak tawa hadirin.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata demikian depan 5,000 orang pada ceramah Merdeka Rakyat di padang awam Kampung Setia Tasik Biru, Kuang, malam tadi.
Turut hadir Ahli Parlimen Selayang, William Leong, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Rawang Gan Pei Nei.
Anwar turut menyingkap semula peristiwa Hijrah Rasulullah saw dari Madinah ke Mekah betapa perubahan di negara ini hanya akan berlaku apabila seluruh lapisan rakyat memainkan peranan.
“Bukan hanya di kalangan pimpinan, paling utama ialah persiapan di kalangan rakyat. Dalam hijrah Nabi ada disebut, peranan anak muda iaitu (Saidina) Ali.
“Kerana anak muda bencikan rasuah dan mahu lakukan sesuatu untuk membela nasib keluarga dan ibu bapa.
“Begitu juga di kalangan wanita. Terakam dalam Baiah al-Nisa’ selepas perjanjian Aqabah melalui peranan Asma’ Abu Bakar.
“Fungsi wanita kritikal dan sentral dalam melakukan hijrah. Asma’ Abu Bakar, meskipun ketika peristiwa Hijrah mengandung tujuh bulan, masih mampu memainkan peranan.
“Begitu juga orang bukan Islam. Antaranya Abdullah Ibnu Uraiqith yang menjadi pemandu laluan menuju ke Mekah dalam peristiwa Hijrah.
“Sebagai pimpinan, kita datang bagi merai orang bukan Islam. Yang dimainkan Umno ialah pluralisme agama sedangkan dia sendiri tidak faham.
“Nabi Muhammad anggap Abdullah (Ibnu Uraiqith) sebagai orang yang boleh dipercayai dalam pasukan.
“Jadi apa isunya? Isunya tentang nilai dan kebaikan. Akhlak yang menjadi contoh dan teladan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan