Isnin, 12 November 2012

Pas: Umno punca Melayu-Islam berpecah

SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN

Khalid Abdul Samad
Khalid Samad
 
SHAH ALAM - Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Khalid Samad tidak nampak adanya ruang Pas dan Umno boleh bergabung untuk menyatupadukan Melayu dan Islam sekiranya parti teras Barisan Nasional (BN) itu kekal dengan caranya yang mementingkan kroni dan menindas rakyat.

Beliau juga menafikan kajian yang dirujuk oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha bahawa 70 peratus rakyat Selangor sokong Pas Umno bergabung sebagai fakta yang tepat.

Ini menurut beliau, Umnolah sebenarnya yang memecahbelahkan umat Melayu dan Islam di negara ini.

“Kita pertikaikan dari mana dia dapat angka 70 peratus itu? Tetapi hakikatnya, orang Islam, Melayu berpecah selama Umno-Barisan Nasional memerintah.

“Nak capai itu macam mana? Umno dengan cara dia. Dengan duit. Dengan adanya kroni-kroni yang jadi jutawan, maka orang Melayu akan bergantung kepada mereka, maka orang Melayu bersatu? Gagal, 55 tahun," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat.

Norman sebelum ini berkata, satu kajian yang dilakukan oleh sebuah agensi perunding menunjukkan majoriti penduduk Selangor yang berbilang kaum mahu kedua parti itu mengetepikan perbezaan politik dan bergabung tenaga.

“Kalau mengikut kaji selidik yang dibuat sekitar Mac 2012, 70 peratus penduduk mengharapkan satu kerjasama yang baik antara PAS dan Umno untuk mempertahankan Melayu-Islam,” katanya pada satu sidang media selepas mengadakan wacana Mengembalikan Pas ke Landasan Asal di ibu negara kelmarin.

Wacana yang menurut Norman dianjurkan atas inisiatif ahli Pas yang mahu rungutan mereka diberi perhatian berjaya mencapai 11 resolusi.

Antaranya Pas mesti menentukan bahawa parti itu terus bergerak sebagai parti politik dan gerakan Islam dan agenda gerakan Islam mesti diutamakan melebihi agendanya sebagai sebuah parti politik.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, rakyat harus memberi peluang kepada Pas untuk menerajui tampuk pemerintahan sekiranya mahu umat Melayu Islam di negara ini bersatu.

“Sebab kenapa orang Melayu Islam berpecah pada masa Umno memerintah ialah kerana mereka berdiri atas dasar yang batil.

“Nak Melayu Islam bersatu, cuba serah pada Pas dan kita zahirkan cara penyatuan yang berasaskan kepada sama-sama berusaha untuk mencari keredhaan ALLAH. Itu kita yakin boleh berlaku,” katanya lagi ketika ditemuinya di pejabatnya, di sini, hari ini.

Tambah beliau, dalam hal penyatuan Pas dan Umno, apa yang lebih mustahak ialah berpatah balik kepada ajaran agama di mana keikhlasan harus menjadi tunjangnya. 

“Dalam Pas kita yakin bahawa dasar yang boleh menyatupadukan manusia ini khususnya orang Islam ialah apabila manusia khususnya orang Islam ikhlas dalam soal politik mereka kepimpinan mereka, pemerintahan mereka adalah untuk mencari keredhaaan Allah Taala,” ujarnya.

Beliau yang juga ahli Parlimen Shah Alam ketika ditanya adakah mustahil Umno dan Pas bersatu berkata, "tak lah hendak kata mustahil, tak ada benda yang mustahil tapi, dalam konteks sekarang ini, Pas bertanding di kerusi yang ditandingi oleh Umno.”

“Jadi kita bersaing untuk sokongan masyarakat yang sama. Umno mereka hendakkan kepimpinan Melayu, memimpin masyarakat Melayu atas dasar politik mereka.

"Pas bersaing dengan Umno hendakkan kepimpinan bagi masyarakat Melayu atas dasar politik kita. Dia (Umno) nak bawa ke kiri, kita hendak bawa ke kanan,” jelas beliau lagi.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Xavi Gerad Jude Am. Aiicco Insurans plc wakil. Kami menawarkan pinjaman kepada kadar bayaran balik 3%. Ini (CEO) hubungi kami jika anda berminat alamat e-mel: xavigeradloanfirm@yahoo.com
Aiicco insurans plc mengambil hanya dibenarkan mendaftar lebih umur 20.
Pelaburan Pinjaman Peribadi.
Pinjaman harta Pelaburan.
Pinjaman penyatuan.
Pembinaan Pinjaman.
Pilih satu atau pembayaran-tahun.
Pilih antara bayaran bulanan dan tahunan di bawah Rancangan.
Terma pinjaman yang fleksibel.
Tiada pinjaman sehingga untuk Tahun EUR 5000 8000.000.00.
Syarikat kami adalah proses yang boleh dipercayai, cekap, pantas dan dinamik. Jude GERAD bugün.SR Kami Pelaburan plc: Jawapan hendaklah dihantar Namakan. E-mail: xavigeradloanfirm@yahoo.com