Selasa, 20 November 2012

Mahathir Berlagak Bijak Daripada Tuhan Dalam Menentukan Keadilan


KELAB GREENBOC
 
Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu pelaksanaan hukum hudud meliputi orang bukan Islam.

Abdul Hadi mengulas pandangan Dr Mahathir yang mendakwa perbezaan hukuman terhadap orang Islam dan bukan Islam boleh dilihat ketidakadilan dan bertentangan dengan ajaran Islam.

"Ada beza antara adil untuk semua dan hak untuk semua.

"Ada hak orang bukan Islam, hak dia untuk mengizinkan apa yang ada dalam agama dia," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 58 di Kota Bharu.

Beliau yang juga ahli parlimen Marang memberi contoh hukum hudud yang berkait dengan arak.

"Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia," katanya.

Beliau turut menempelak mantan presiden Umno itu supaya bercakap pasal perubatan. "Dia cakap pasal perubatan sajalah," katanya.

Dr Mahathir dilaporkan meminta PAS perjelas tafsirannya mengenai pelaksanaan hukum hudud.

Beliau dilaporkan berkata pelaksanaannya harus berlandaskan keadilan sepertimana yang terkandung dalam ajaran Islam.

Dr Mahathir juga dilaporkan berkata parti itu seharusnya melaksanakan hukum yang dapat diterima pakai oleh semua golongan termasuk bukan Islam sesuai dengan kedudukan negara ini yang mempunyai penduduk berbilang agama.


LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: