Bekalan
tenaga elektrik yang terputus dan menjejas Kuching serta kawasan barat
Sarawak pada 7 malam ini berpunca daripada dua talian penghantaran 275
kV di Engkilili-Mambong terpelantik tanpa diduga, kata Pengurus Kanan
Komunikasi Korporat Sarawak Energy Haniza Abdul Hamid.
Beliau
berkata 60 peratus bekalan elektrik itu dipulihkan pada kira-kira 8.25
malam dari stesen janakuasa Sg Biawak dan Sejingkat di Kuching.
"Sarawak
Energy memohon maaf aras sebarang kesulitan yang timbul. Kami akan
memaklumkan adan jika terdapat sebarang kemajuan," katanya kepada
Bernama menerusi khidmat pesanan ringkat (SMS).
Beliau berkata
pihak berkenaan sedang memaksimumkan penjanaan kuasa berikutan gangguan
bekalan yang menyebabkan kebanyakan rumah dan pelanggan restoran
terpaksa makan malam bertemankan lilin serta wang tiket mereka yang
berhasrat menonton wayang dikembalikan di sekitar bandar terbabit.
Antara bahagian Kuching yang terjejas ialah Batu Kawah, Petra Jaya, Satok, Poh Kwong Park, Matang dan Kota Padawan.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan