Jumaat, 16 November 2012

Ketua Pemuda Umno Perlis letak jawatan

KL TODAY
 

Ketua Pemuda Umno Perlis, Mohsin Yusoff mengumumkan akan melepaskan semua jawatannya di dalam Umno, mengatakan dirinya sudah penat dengan semua tanggungjawabnya di dalam parti.

Beliau membuat keputusan itu semalam, dan akan menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat.

“Saya berasa penat menanggung beban dalam pentadbiran di bahagian cawangan, bahagian dan peringkat negeri.

“Terlalu banyak tanggungjawab yang saya pikul, jadi saya sudah penat,” katanya setelah dihubungi oleh The Malaysian Insider hari ini.

Beliau bagaimanapun berkata, beliau tidak keluar dari Umno sebaliknya membantu jentera parti menghadapi pilihan raya akan datang.

“Saya ingin memberi peluang kepada orang lain untuk memimpin, ini adalah masanya untuk ahli Pemuda Umno Perlis untuk berdikari.

“Umno Perlis sentiasa mempunyai barisan untuk memimpin.

“Dan saya akan terus menjadi ahli Umno dan terus berjuang untuk Umno,” katanya lagi.

Beliau berkata, beliau tidak mahu memegang banyak jawatan, kerana ia hanya membawa keburukan sekiranya tidak mampu untuk memikul semua jawatan.
“Saya berharap semua ahli Umno akan teruskan perjuangan, jangan berjuang hanya kerana jawatan,” kata Mohsin lagi.

Mohsin semalam meletakkan status di Facebooknya, “hari ini saya mengambil keputusan untuk meletakkan semua jawatan dalam Umno”.

Tiada ulasan: