Kalau tengok di internet sekarang sana sini menunjukkan protes boikot Israel
terutamanya perniagaan McDonald Malaysia. Semboyan acapkali
berkumandang setiap kali rakyat Palestin di Gaza di dibedil &
diperlakukan seperti binatang di sana. Cuma kami akan tertanya-tanya
mengapa kempen bokit Israel hanya tertumpu kepada sesetengah produk
semata? Bukanlah kami mahu menentang usaha untuk boikot Israel, tetapi
dilihat kempen yang dijalankan agak tempang. Kenapa?
Adakah
kempen boikot produk Israel, boleh pilih-pilih? Setakat boikot McD,
kami umpamakan secebis zarah daripada satu tubuh lengkap manusia.
pemasaran & promosi yang dijalankan pun KFC sendiri tidak mampu
untuk melawan. Jikalau kita fahami sistem ekonomi yahudi, sistem
kapitalis dan ekonomi dunia, sangat mustahil. Bahkan tindakan boikot
Israel ini secara halusnya mempromosikan lagi produk tersebut, contohnya
menjual t-shirt boikot, pelekat boikot.
“Because people are born already married to curiousty”
Boleh
tercapai atau tidak objektif kempen boikot Israel iaitu melibatkan
produk buatan Israel)? Bukan mahu memperlekehkan, dan bukannya kami
melarang sesiapa untuk boikot produk buatan israel. Itu hak &
pendirian masing-masing. Tetapi perlu difikirkan secara mendalam
disertakan dengan kajian. Bukan sekadar ikut-ikutan. Apabila diberikan
promosi burger percuma, berduyun-duyun datang. Erm……mereka lapar
agaknya….
Yang penting sekarang kita kena titipkan roh keimanan kepada generasi
yang ada. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah. Sentiasa berdoa
pada Allah untuk Palestin dan mereka yang senasib dengannya. Hanya Allah
sahaja yang layak memberikan balasan perit kepada kaum Zionis
LAKNATULLAH ini, dengan itu kita kenalah istiqomah berdoa dengan sangat
yakin pada setiap masa.
Masih terngiang-ngiang di telinga kami kata-kata Ustaz Hassan Din yang pernah mengatakan :
Kalau nak anak automatik berpuasa di bulan Ramadan, kita kena ajarkan solat dahulu, sebab kalau anak tu tadi solat tanpa disuruh-suruh, maka dia akan puasa tanpa disuruh, anak yang ada ramai puasa tapi solat entah ke mana, hanya nak dihebohkan bahawa anaknya puasa cukup, dapatlah duit raya byk. Hakikatnya, ibubapa sendiri tidak bersolat.
Diibaratkan
seperti seekor khinzir, memang jelas sudah haram. Tetapi apabila lemak
dan asid dijadikan lipstick, dijadikan dakwat printer, jadi kapsul
pemutih kulit, boleh sahaja pakai.
Sekali
lagi kami tidak pertahankan McD. Tetapi kami memikirkan yang bekerja
itu, pembekal untuk semua cawangan McDonald di Malaysia. Bukankah itu
semua memerlukan pekerja yang terdiri daripada kalangan anak-anak kita
semua? Jikalau pun nak boikot Israel terutamanya melibatkan produk
buatan Israel, mengapa hanya McD sahaja yang menjadi sasaran. Nak
mulakan kempen boikot kena konsisten. Jangan ambil sikit-sikit.
Bagaimana pula dengan produk Nestle, Milo tak nak boikot sama?
- Sepatutnya, McDonald itu sendiri tidak dibenarkan dibuka di Malaysia sejak daripada awal lagi? Bukankah itu lebih baik? Kita mempunyai kuasa untuk melakukannya.
- Kita bersusah payah untuk boikot produk McDonald yang sudah beratus-ratus cawangan di Malaysia. Sedangkan kita mempnyai jalan yang mudah untuk tidak membenarkan MacDonald dibuka di Malaysia? Bukankah lebih mudah begitu?
- Tetapi persoalannya sanggupkah Malaysia bertindak sebegitu?
Hakikatnya,
Palestin hanya akan dibebaskan dengan peperangan fizikal dan peperangan
spiritual, sehingga keluarnya lagi seperti pemimpin agung pembebas
Baitul Muqaddis terdahulu, iaitu Salahuddin Al Ayubi. Umat Islam solat
Subuh seramai solat jumaat di masjid-masjid. Sampai sekarang pun umat
Islam masih tak bersatu. Apabila sudah bersatu maka akan bebaslah
Palestin dari cengkaman, Palestin ni adalah kisah benar dan kisah
simbolik tahap kesatuan umat islam seluruh dunia.
P/S
: Palestin terus diperkotak-katikkan dengan negara haram Israel sejak
dari tahun 1940 an lagi. Jikalau betul boikot berlaku diklanagan semua
orang Islam, sudah lama tumbang Israel. Tetapi apa yang berlaku
sekarang? Di mana hasilnya?
PP/S : Sekadar pandangan mengikut kaca mata kami, mungkin pemerhatian anda berbeza dengan kami, boleh kongsikan bersama di sini…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan