Khamis, 15 November 2012

Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am-9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

 Staff Berita Semasa
Saman AES Malaysia Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am 9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

Saman AES bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Amerika contohnya di Chicago. Tujuan utama pelaksaan saman AES ini agak baik di Malaysia, mahu mengurangkan kadar kemalangan di Malaysia yang mana menyebabkan kerajaan rugi setiap tahun sejumlah RM9 bilion (kata Timbalan menteri Pengangkutan).

Dan kami sebaenarnya tidak sama sekali menolak terus AES ini. Tetapi kami mahukan sistem saman AES diteliti semula apabila melihatkan pelaksanaannya agak canggung, ramai yang mempertikaikannya. Kami juga sama sekali tidak akan menerima atau menolak bulat-bulat tanpa bersebab…..

Perbezaan Saman AES di Amerika (Chicago) VS Saman AES di Malaysia?

Semakan kami menunjukkan kalau di Amerika, operasi saman AES di sana :
  • Hanya akan beroperasi pada waktu bekerja sahaja. Sumber : http://www.wbez.org/story/quinn-signs-speed-camera-bill-chicago-96152
  • Jika anda memandu 6mph 10mph (10km/h-16km/h) melebihi had laju yang telah ditetapkan, anda hanya perlu membayar separuh daripada jumlah USD100 (jumlah saman penuh yang dikenakan)
  • Jika anda di sana memandu hanya lebih1mph- 5mph (8km/h) daripada had laju yang telah ditetapkan, anda tidak perlu membayar apa-apa
Begitu juga di Singapura. Di Singapura….
  • Jikalau had laju yang ditetapkan sekitar 80km/h tetapi anda memandu 90km/h anda tidak akan dikenakan saman
  • Jika had laju yang ditetapkan adalah 90km/h tetapi anda memandu pada kadar kelajuan 100kmj, anda juga tidak dikenakan saman trafik
  • Ini kerana, mana-mana kelajuan yang melebihi 10kmj daripada had laju yang telah ditetapkan, barulah saman trafik akan dikenakan
Kalau di Malaysia, lain pula corak operasi saman AES yang cuba dilaksanakan…..
  • Di Malaysia, AES beroperasi selama 24 jam, 7 hari seminggu! Tanpa kenal erti penat lelah, tidak berhenti “bekerja” & terus bekerja untuk mencari mangsa seterusnya. “Alhamdulillah” berkat kerja keras pasukan AES Malaysia, sejumlah lebih 63,558 imej kesalahan lalu lintas berjaya dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 September 2012 lepas. Satu angka yang cukup lumayan….
  • Jika kesalahan anda berjaya dirakam AES atas kesalahan memandu melebihi had laju walaupun waima hanya lebih 1kmh sahaja, anda perlu membayar jumlah penuh saman AES yang dikenakan iaitu sejumlah (RM300)

Perbezaan Lokasi Papan Tanda Amaran Saman AES Antara di Malaysia VS Amerika? 

Saman AES Beza Saman AES di Malaysia (24 Jam Setiap Hari) VS AES Amerika (6am 9pm Waktu Bekerja Sahaja)?

Jikalau di Amerika Syarikat purata pendapatan rakyat di sana sekitar USD2500 sebulan, sebarang kesalahan yang berjaya dirakam kamera AES akan dikenakan denda maksimum sekitar US100 sahaja. 

Berbanding di Malaysia, rakyat Malaysia yang berpendapatan RM1800 sebulan perlu membayar saman AES sebanyak RM300 untuk kesalahan yang sama. Samada anda membawa 111kmj ataupun 150kmj. Nilai Rm300 itulah yang perlu anda bayar atas kesalahan melebihi had laju yang telah ditetapkan…
Nasihat kami, elakkan menukarkan nilai matawang US kepada matawang Ringgit Malaysia. Perbandingan yang terbaik adalah nilai pendapatan mereka VS jumlah bayaran saman AES antara kedua belah negara
Tambahan pula, setiap instrumen elektronik mesti mempunyai had ralat. AES Redflex contohnya mempunyai kesilapan + / -1 MPH (1.609km/h). Jika ada yang terperangkap dengan kelajuan melebihi 1kmh, kami cukup yakin & percaya akan ada pada masa akan datang akan membawa mencabar kes ini ke mahkamah! Kerana apa? Nah….inilah antara sebab negara lain yang melaksanakan zon penampan had laju dengan tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana kenderaan yang hanya memandu lebih 1-5mph daripada had laju yang ditetapkan. Tetapi di Malaysia?

Lagipun, sistem saman AES bukan dibawah PDRM mahupun JPJ. Milik siapakah sistem saman AES ini? Jawapan: syarikat Swasta …Persoalannya, sejak bila SYARIKAT swasta ada kuasa dalam bidang penguatkuasaan undang-undang jalanraya? Semakan banyak saman, semakin banyak untung yang diterima oleh syarikat yang mengendalikan saman AES ini. Jadi, adakah ini dikatakan mendidik? 

Dan yang paling penting sekali, terma saman yangdigunapakai itu sendiri perlu difahami di mana dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 disebutkan begini…
“Jika seseorang pegawai polis, warden lalulintas atau pegawai pengangkutan jalan mempunyai alasan-alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana orang melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh, sebagai ganti daripada membuat permohonan kepada mahkamah untuk mendapatkan saman, dengan serta-merta menyampaikan kepada orang itu suatu notis dalam borang yang ditetapkan memerintahkan orang itu supaya hadir di hadapan mahkamah Majistret yang berhampiran yang mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan itu, pada masa dan tarikh yang dinyatakan dalam notis itu.”
Tidak semestinya sistem dan niat yang baik boleh memberikan kesan yang baik sekiranya tidak dilaksanakan secara berhemah, berperikemanusiaan dan tidak membebankan.

P/S : Saman AES boleh diteruskan dengan syarat pelaksanaannya dikaji semula. KAJI. Setuju?

Tiada ulasan: