Kepimpinan Pemuda perlu membuka ruang kepada anak muda untuk menyalurkan idea mereka dalam memajukan gerakan PAS.
PETALING JAYA: Pemuda PAS Perak, Ustaz Mohd Nazri menyeru kepimpinan Pemuda pusat supaya menumpukan perhatian kepada golongan muda untuk menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.
Katanya, kepimpinan Pemuda perlu membuka ruang kepada anak muda untuk menyalurkan idea mereka dalam memajukan gerakan PAS. Beliau mencadangkan satu menifesto yang menfokuskan golongan muda diwujudkan.
“Perjuangkan PTPTN juga satu tarikan minat golongan muda ini kepada PAS,” kata Mohd Nazri
Justeru, pimpinan pemuda PAS disaran untuk turun bertemu golongan anak muda dengan mengadakan aktiviti-aktiviti yang meraikan jiwa mereka. Ia penting kerana mereka adalah komponen terpenting dalam masyarakat.
Perbahasan ini Dewan Pemuda hari ini dipengerusikan oleh Ustaz Misbahul Munir, turut dibantu Kamal Ashaari.
Seramai 660 orang perwakilan pemuda kawasan dari seluruh Malaysia memenuhi Dewan Jubli Perak, MPKB-BRI, Kota Bharu bermula dari jam 8.00 pagi lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan