Khamis, 8 November 2012

Bas persiaran rempuh lori, 3 penumpang cedera

SITI KHAIRULNISAH MOHAMED BAJURI

TAPAH - Seramai 37 penumpang bas persiaran cemas apabila kenderaan yang mereka naiki merempuh sebuah lori membawa muatan amang di Kilometer 312.2 Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara, kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Rempuhan dari arah belakang itu menyebabkan tiga penumpang bas cedera di bahagian bibir dan kaki.

Tiga penumpang berusia antara 18 hingga 39 tahun itu dihantar ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut.

Tiada ulasan: