Bekas
atlet wanita India yang memenangi tiga pingat emas pada acara trek
Sukan Asia Selatan 2006, Pinki Pramanik (gambar) meminta Ketua Menteri
Bengal Barat, Mamata Banerjee campur tangan bagi membantunya selepas
dia diisytiharkan sebagai lelaki oleh satu panel doktor, lapor berita NTV semalam.Keputusan panel doktor itu menyebabkannya dikenakan dakwaan merogol bekas teman wanitanya.
Polis
mengemukakan dakwaan merogol tersebut terhadap Pramanik, 26, pada
Isnin lalu selepas satu panel doktor mengumumkan hasil pemeriksaan
mereka itu.
Pramanik
ditangkap pada awal Jun lalu selepas bekas kekasihnya, Anamika Acharya
membuat aduan polis bahawa dia diperkosa oleh bekas bintang sukan
tersebut.
Pramanik
dibebaskan dengan ikat jamin selepas dipenjara dua minggu apabila
seorang hakim memutuskan dia tidak berupaya untuk melakukan jenayah
rogol.
Beberapa
ujian perubatan pada masa itu gagal mengesan jantinanya dengan tepat
menyebabkan satu panel doktor diarah melakukan pemeriksaan terhadap
tubuhnya.
“Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan,” kata Pramanik.
“Beliau (Banerjee) sepatutnya memberi perhatian terhadap kes ini. Banerjee perlu campur tangan,” kata Pramanik.
“Seluruh
episod ini merupakan satu penghinaan kepada pemerintah India selepas
saya berusaha untuk memenangi kesemua pingat emas. Saya berasa sedih
kerana jantina saya menjadi topik perbincangan secara terbuka,”
tambahnya.
Pramanik juga mendakwa polis melakukan gangguan terhadapnya dan cuba ‘menghasutnya’ untuk melakukan perbuatan bunuh diri.
Kes Pramanik akan didengar pada 26 November ini.- Agensi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan