Jumaat, 23 November 2012

2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!

Staff Berita Semasa
Elaun ibu Tunggal Pakatan Rakyat 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!

Kalau sebelum ini segelintir rakyat Selangor ada tuntut apa yang dikatakan hak mereka, supaya baki hutang mereka sekitar RM19 juta dibayar oleh kerajaan Selangor. Butirannya adalah boleh semak pada laporan berita DI SINI. Terbaru, ibu tunggal pula tiba-tiba “bangkit” juga menuntut hak mereka, elaun ibu tunggal. Semua kisah ini berlaku di Selangor….
SHAH ALAM – Seramai 2,020 ibu tunggal di Negeri Selangor hari ini memfailkan saman menuntut RM10.9 juta kerana gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum 2008.
Saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini menerusi Tetuan Kamarudin & Partners melalui peguam Kamarudin Ahmad.
Murtini Kasman, 58, selaku plaintif telah menamakan Kerajaan Selangor dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai defenden pertama dan kedua.Kesemua plaintif terdiri dari penduduk 11 kawasan Parlimen, antaranya Shah Alam, Tanjung Karang, Hulu Langat, Sungai Besar dan Sabak Bernam. Kira-kira 50 wakil ibu tunggal turut hadir di kompleks mahkamah di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ketika tuntutan saman difailkan.

Manifesto Kerajaan Selangor : Elaun Ibu Tunggal

Elaun Ibu Tunggal 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!

Ramai juga ibu tunggal di Selangor ya. Adakah mereka ini sudah berdaftar dengan kerajaan negeri Selangor & telah mencuba untuk memohon? Tapi betullah, kalau sudah berjanji nak beri, kenalah beri. Kalau tidak usahlah berjanji. Apatah lagi, Pilihanraya Umum ke 13 sudah semakin hampir.

Andaikata dibawa kes seperti ini di mahkamah dan ibu tunggal ini menang contohnya, kerajaan negeri kena bayar saman (elaun ibu tunggal) tersebut. Berapa tadi? Ha…..RM10.9 juta. Apabila sudah ada kes sebegini, penduduk-penduduk di negeri-negeri lain di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis, johor, Melaka, Pahang, Perak, Sabah & Sarawak  bolehlah bersama-sama “turun padang” menuntut hak anda dengan kerajaan negeri masing-masing kalau mereka-mereka ini tidak menunaikan janji seperti yang mereka canang dan taburkan sebelum ini. Tidak lupa tuntut hak anda kepada kerajaan Malaysia….kalau-kalau dirasakan belum tertunai.

Manifesto Barisan Nasional 2,020 Ibu Tunggal Nak Saman Kerajaan Selangor RM10.9 juta. MB Tipu Kami! Mengapa Zalimi Kami!

Adakah janji pilihanraya bersifat “mengikat”. Setahu kami, belum ada mana-mana negera di dunia yang mengatakan begitu. Belum ada lagi. Tetapi tidak tahulah, apa yang akan berlaku di Selangor kelak. Katakanlah golongan ibu tunggal yang tuntut saman (elaun ibu tunggal) ini menang, mahkamah nak taknak kena luluskan disebabkan “case study” bagi kes sebelumnya sudah ada dan boleh digunakan ke tas tuntuttan di negeri-negeri lain juga. Apa pendapat rakyat Selangor amnya dan rakyat Malaysia umumnya dengan isu ini?

Tiada ulasan: