Isnin, 24 September 2012

Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?

 Staff Berita Semasa
 

Taib Mahmud Balak Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?

Kami sangakakan pemimpin politik yang agak kaya dan mewah, pastinya Khir Toyo bekas doktor gigi yang pernah memegang jawatan Menteri Besar Selangor sebelum ini. Rumah Khir Toyo sahaja bernilai RM24 juta. Tetapi sangkaan kami meleset. Dilaporkan Taib Mahmud jauh lebih kaya berbanding pemimpin politik di Malaysia yang lain malahan besar kemungkinan jauh lebih kaya berbanding pemegang takhta orang terkaya di Malaysia, Tan Sri Robert Kuok. Benarkah? Di mana kebenarannya…..

Sebelum ini kami pernah mengeluarkan lapiran berita bertajuk “Taib Mahmud Cukup Popular di Dunia? Jadi Buruan Kerajaan Britain, Switzerland & Jerman Sekarang Ini !” dan kami paparkan semula dokumentari yang dikupas oleh portal Global News dari Kanada sebelum ini mengenai kegiatan dan kekayaan Taib Mahmud di Sarawak :

Dokumentari Orang Terkaya di Malaysia (Taib Mahmud)?

Harta anaknya sahaja beratus juta malahan boleh melampaui berbilion ringgit. Dalilnya? Berdasarkan laporan The Malaysian Insider pada Mei 2011, Anak Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir telah menceraikan isterinya Datin Seri Shahnaz Abdul Majid (kakak kepada penyanyi jazz Sheila Majid) dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah. Butirannya anda boleh baca sendiri di bawah ini :

Anak Taib Mahmud Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?

Harta anak sahaja beratus juta malahan boleh melangkaui berbilion ringgit. Bagaimanapula dengan harta bapanya? Ehem….NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) pada 19 September 2012 menganggarkan :
  • Aset keluarga Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion)
  • Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Orang Terkaya di Malaysia ? : Bagaimana Taib Mahmud & Keluarga Boleh Mengumpul Kekayaan Sebanyak US$21 (RM64 Bilion)?

Laporan NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menyebut Taib Mahmud :

Taib Mahmud Kaya Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?
(Sumber : Laporan penuh Bruno Manser Fund)
  • Menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri untuk mengagihkan kekayaan negeri Sarawak  ahli keluarga beliau konsesi balak yang luas, konsesi minyak sawit, kontrak negeri dan menjadi pengarah dalam syarikat-syarikat yang terbesar di Sarawak
  • Kedudukan Taib Mahmud selaku Menteri Kewangan dan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Negeri memberikannya kuasa mutlak ke atas pemberian konsesi balak di Sarawak yang bernilai berbilion dolar.
  • Pada akhir 80an sahaja, ahli keluarga dan kroni kepada Taib Mahmud telah dianggarkan mempunyai kawalan penuh ke atas 1.6 juta hektar konsesi kayu balak di Sarawak melebihi 10% keluasan tanah Sarawak
Isteri Taib Mahmud Orang Terkaya di Malaysia : Taib Mahmud VS Robert Kuok? Kekayaan Taib Mahmud Bernilai RM46 Bilion?   

Yang peliknya di sini, SPRM dilihat seperti diikat kaki dan tangan mereka apabila melibatkan dakwaan penyelewengan Ketua Menteri Sarawak sedangkan seperti yang diketahui SPRM cukup pantas dan cekap mengendalikan “sesetengah kes tertentu”. Mengapa? Sehingga sekarang masih lagi tiada tindakan susulan yang diambil? Berapa tahun lagi untuk terus dan terus menunggu? Kami sama sekali tidak mahu membuat sebarang spekulasi dan dakwaan yang tidak berasas. Tetapi sekurang-kurangnya dokumen telah dikemukan, siasatlah!!!
“Bertindaklah seperti mana yang sering SPRM lakukan terhadap penjenayah “ikan-ikan kecil ini” sebelum ini.”
Kami tidak kisah Taib Mahmud atau sesiapa sahaja mahu kaya. Ya…sesiapa ada hak untuk jadi kaya. Tetapi biarlah dnegan cara yang betul dan bersih.
  • Kalau mahu jadi kaya atau mahu menjadi orang terkaya di Malaysia melalui hasil daripada meniaga melalui projek negeri dan kerajaan daripada tender terus, merampas harta orang lain utnuk kepentingan sendiri, keluarga dan saudara mara, kami sangat mengutuk tindakan seperti ini.
  • Sedangkan, negeri Sarawak melalui sumber kekayaan seperti gas asli sahaja telah meletakkan Sarawak sebagai pengeksport LNG kedua terbesar di dunia selepas negara Qatar. Belum campur kekayaan balak Sarawak, petroleum lagi dan banyak lagi sumber kekayaan di Sarawak.
  • Kami pasti rakyat Sarawak tidak berimpikan “bulan dan bintang” di mana mahukan pemimpin menjadikan mereka kaya-raya. Hakikatnya, sebenarnya mereka mahu hidup mereka dibela dan tidak terus hidup melarat. Kemudahan seperti air, elektrik dan taraf hidup rakyat Sarawak sekarang ini bagaimana?
Bilangan miskin tegar di Sarawak adalah yang paling tinggi Sarawak. Mengapa rakyat Sarawak miskin sedangkan pendapatan per kapita Sarawak adalah jauh lebih tinggi dari Brunei Darussalaman yang kaya raya itu?

P/S : Mohon SPRM meneruskan tindakan supaya semua pemimpin politik di Malaysia mengistiharkan harta dan kekayaan mereka. Setuju?

Tiada ulasan: