Sabtu, 21 April 2012

Skandal menteri: Shafie diberi tempoh seminggu beri penjelasan

Oleh: Mohd Martin Kahar


KUALA LUMPUR : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Shafie Apdal mempunyai masa kurang tujuh hari dari sekarang untuk memberi penjelasan mengenai skandal membayar sehingga RM1.5 juta kepada seorang pelakon wanita popular dalam tempoh empat bulan ‘hubungan intim’ mereka.

Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata, sekiranya tidak ada penjelasan daripada menteri terbabit, pihaknya akan membawa kes itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami sudah bersedia dengan segala bukti untuk mengheret beliau ke SPRM. Pemberi maklumat juga bersedia tampil untuk menjadi saksi. Kami akan dedahkan perkara ini secara berperingkat-perongkat.

Sekarang ini kami tunggu penjelasan daripada beliau (Shafie Apdal),” katanya ketika dihubungi Keadilan Daily hari ini.

18 April lalu, Ahli Parlimen Ampang itu mendedahkan Shafie memberikan hampir RM1.5 juta kepada pelakon terkenal Zahida Rafik dalam tempoh empat bulan.

Transaksi itu berlaku pada bulan Oktober 2011  iaitu RM36,000 dan RM26,000, November 2011  (RM118,000), Disember (RM333,000) dan Januari 2012 (RM510,000)

Bukan itu sahaja, beliau turut mendedahkan Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.

Dalam pada itu, Zuraida sekali lagi menegaskan tidak mahu masuk campur mengenai hubungan intim mereka tetapi mahu menteri berkenaan tampil memberi penjelasan daripada manakah sumber kewangan untuk ‘membiayai’ seorang artis terkenal.

“Sebagai menteri beliau harus bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Untuk berita lanjut sila klik http://www.keadilandaily.com/pemandu-zahida-rafik-dedah-skandal-menteri-dalam-laporan-polis/

12 ulasan:

Kris Jr berkata...

Penjelasan mungkin hanya strategik pembangkang untuk menarik perhatian dan sokongan rakyat

mike berkata...

kalau pembangkang rasa bukti ada dan berani, bawa saja kepada SPRM..tidak payah tunggu 7 hari..

mike berkata...

mungkin pembangkang takut...sebab ini hanya mainan politik semata-mata..

mike berkata...

dekat2 pru13, makin banyak cerita2 khabar angin tanpa bukti kukuh disebarkan oleh pembangkang..

thinaj berkata...

Isn't it obvious that these politician are spreading rumours to have the government to lose bad.

thinaj berkata...

Shafie must provide an explanation if he is no duty,.

Tanpa Nama berkata...

Setakat ni, belum ada apa2 penjelasan daripada Shafie. Samada dakwaan ni tidak benar atau sebaliknya, beliau memang perlu bagi penjelasan bagi menepis cakap2 negatif ini.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin BN kebelakangan ni ramai yang sudah 'dihentam'. Ini salah satu daripada strategi pihak lawan.

Tanpa Nama berkata...

Shafie dah beri penjelasan dan menafikan semua dakwaan tersebut.

hafinA A berkata...

Yang kita tahu Datuk Shafie telah pun menjelaskan mengenai perkara ini dan menafikan semua tuduhan yang dibuat terhadap beliau.

Mumbai berkata...

peh!! kenapa perlu tunggu tujuh hari?? kalau ada bukti, dedahkan saja la.. buat la terus laporan sprm.. apa punya pembangkang..

Mumbai berkata...

Zuraida buat gimik politik saja ni.. sebab itu dia minta tujuh hari.. kalaulah Shafie tampil memberikan penjelasan, adakah Zuraida tidak akan membuat laporan kepada SPRM?? dan adakah Zuraida tidak akan dedahkan bukti2 itu??