Sabtu, 14 April 2012

Perbuatan paling kurang ajar, biadab – Perkasa

MALAYSIA CHRONICLE


KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menyifatkan perbuatan mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu pada Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong adalah perbuatan paling kurang ajar dan biadab.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika dakwaan pengawai perubatan yang bertugas pada majlis istiadat tersebut, Dr. Rahman Kadir adalah benar, mereka yang bertanggungjawab perlu dihukum dengan sekeras-kerasnya.

Jelas Ibrahim, mengenali sikap serta tingkah laku pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan kejadian tersebut sama ada di Dewan Rakyat mahupun ketika demonstrasi jalanan, beliau yakin itulah sebenarnya mentaliti mereka.

“Saya yakin Dr. Rahman bercakap benar dan mustahil beliau berani untuk mereka-reka dakwaan serius sebegitu apatah lagi semasa majlis istiadat Yang di-Pertuan Agong. Pada masa yang sama, beliau pula individu berkecuali dan bukan pemimpin politik.-Utusan

Tiada ulasan: