Sabtu, 4 Februari 2012

Strategi Pembangunan Manjung

Oleh: MSK

Satu masa dulu, Perak adalah negeri yang paling kaya kerana lombong bijih timah. Ipoh adalah bandar yang paling sibuk dan merupakan bandar dimana mempunyai Mercedes Benz yang paling tinggi didunia..sehinggakan Syarikat Merc memasang logo Merc diatas bukit,berhadapan dengan Hotel Hillcity sekarang.

Tapi dalam masa yang sama, bandar Ipoh dikuasai oleh pembangkang dari PPP. Disebabkan politik, Ipoh perlu dimatikan supaya BN boleh berkuasa. PPP akhirnya berkubur dan sejak itu, BN memegang kuasa di bandaraya Ipoh. Sejak BN pegang kuasa, Ipoh semakin mati. Pekan Ipoh sekarang dah tak ada apa waktu malam…yang sibuk sekitar Jalan Yang Kalsom.

Hangpa nak China Doll, Vietnam Girl, Minah Indon, semua ada. Bapuk pun makin lama makin ramai. Kalau cakap Nasi Ganja..semua orang tau. Tingkat atas kedai Nasi Ganja tu hangpa tau ka ada apa?

Selepas Ipoh, Pulau Pinang menjadi bandar tumpuan. Pulau Pinang adalah bandar pelabuhan bebas cukai. Tapi pasai Pulau Pinang juga dikuasai oleh pembangkang maka Pulau Pianang mesti dimatikan. Akhirnya, status bandar pelabuhan bebas cukai Pulau Pinang ditarik balik pada tahun 1977. Lepas tu Pulau Pinang macam tempat lain juga. Makin lama makin kotor dibawah BN.

Apa akan jadi pada Manjung pada tahun 2020?

Pertama sekali, sebelum kita pergi secara detail, kita tengok dulu Strategi Pembangunan Negeri Perak dibawah BN.

1 STRATEGI PEMBANGUNAN NEGERI PERAK

Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB) merupakan asas penting di dalam penyediaan RSN Perak 2020. Oleh itu, proses penyediaan RT Daerah Manjung (Pengubahan) 2020 ini memastikan penentuan matlamat pembangunan daerah adalah selaras dan mendokong matlamat pembangunan negeri perak iaitu “Menjadikan Negeri Perak K-State Yang Maju dan Makmur Melalui Pembangunan ICT, Sumberjaya Asli, Modal Insan, Ekonomi, Infrastruktur, Kecemerlangan Urus Tadbir dan Pengekalan Kesejahtaeraan Alam Sekitar”

Kerajaan negeri telah menggunapakai dua strategi utama dalam pembangunan negeri iaitu Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak dan Strategi Pembangunan Seimbang dan Bersepadu (SPSB). Strategi Pembangunan Lestari Negeri Perak merupakan pendekatan strategi bukan reruang yang menggariskan pembangunan secara lestari untuk diterapkan di setiap peringkat perancangan dan pembangunan negeri. SPSB pula merupakan pendekatan strategi reruang yang bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembangunan reruang negeri secara seimbang dan bersepadu melalui gabungan kekuatan, potensi dan kedapatan sumberjaya tempatan di semua daerah.

Rangka kerja perancangan dan pembangunan negeri telah digubal dari perspektif makro dengan membahagikan Negeri Perak kepada empat zon perancangan iaitu :
i. Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta;
ii. Zon Perancangan Lembah Bernam;
iii. Zon Perancangan Kerian, Larut Matang dan Selama;
iv. Zon Perancangan Hulu Perak;

Dalam konteks negeri, Daerah Manjung termasuk dalam Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta yang merupakan kawasan tumpuan utama pembangunan bagi kawasan tengah perak terutamanya pembangunan perumahan, perbandaran, perindustrian, institusi, infrastruktur dan utiliti, dan pelancongan.

2 STRATEGI PEMBANGUNAN ZON PERANCANGAN METROPOLITAN LEMBAH KINTA DALAM KONTEKS RSN PERAK 2020

RSN Perak 2020 telah menggariskan beberapa fokus dan tema pembangunan bagi Zon Perancangan Metropolitan Lembah Kinta iaitu :

i. Ipoh-Seri Iskandar-Lumut-Manjung sebagai Koridor Pertumbuhan Utama Negeri yang dibangun berkonsepkan ”Koridor Bistari”.
ii. Kuala Kangsar sebagai Bandar DiRaja dan Kebudayaan.
iii. Industri pelancongan berkonsepkan eko, agro, warisan sejarah, maritim dan komersial.
iv. Penyumbang utama sumber makanan negeri.
v. Lumut-Damar Laut-Segari sebagai “Silver Coast” (Pusat Pelancongan Antarabangsa).
vi. Pangkor sebagai Pusat Pelancongan Antarabangsa dan Gugusan Pulau Sembilan sebagai Taman Laut Negeri.
vii. Lumut sebagai Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai.
viii. Sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan sumber manusia (Segi Tiga Bandar Mesra Ilmu).
ix. Desa Perlombongan Bijih Timah di Tg. Tualang sebagai tarikan pelancongan
x. Tumpuan kepada pembangunan industri berat dan sederhana yang disokong oleh industri hiliran (IKS).

So…dah dapat sedikit gambaran tentang apa yang dirancangkan?

Masa nak pilihanraya dulu, BN kata Lumut adalah “Bandar Tentera Laut”. Itu cuma cakap politik sebab nak dapat undi dari tentera Laut. Tapi tak sebut pun “Bandar Tentera Laut” dalam RSN Perak 2020!!

Apa yang dirancangkan ialah Bandar Pelabuhan dan Kawasan Bebas Cukai. So…orang Lumut jangan senang-senag jual tanah macam orang Langkawi!! Ini adalah salah satu cara untuk menghalau orang Melayu dari kampung asal mereka. Kalau hangpa tak halang dari sekarang, tahun 2020 nanti hangpa duduk flat..orang Brazil duduk banglo kat Kampung Pasir Panjang!!

Yang diatas itu adalah Strategi Pembangunan Negeri. Macam mana pulak Strategi Pembangunan Manjung?

Strategi Pembangunan Ekonomi Manjung
SPE 1 : MEMPELBAGAI DAN MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN DAN MENUKAR CORAK HIDUP PENDUDUK SETEMPAT KE TAHAP YANG LEBIH BAIK

Langkah-langkah perlaksanaan :

i. Membangunkan Port City di kawasan persisiran pantai bermula dari Kampung Pasir Panjang hingga ke Batu 8 Lekir. Pembangunan Port City ini bukan sahaja membuka peluang-peluang pekerjaan baru malah juga akan menjadi pemangkin pembangunan khususnya di kawasan selatan Daerah Manjung.
ii. Membina Lebuhraya BASeL yang menyambungkan Lebuhraya BASe di Bagan Datoh dengan Lebuhraya SILEX. Pembinaan Lebuhraya BASeL ini akan menjadi pemangkin pembangunan ke kawasan-kawasan di bahagian selatan Daerah Manjung khususnya Batu 7 Lekir hingga ke Kayan.
iii. Membangunkan kawasan perindustrian berasaskan maritim dan bioteknologi di kawasan Tanjung Hantu, Tanjung Batu dan Teluk Mengkudu.
iv. Mewujudkan kawasan perindustrian kecil dan sederhana di Sungai Wangi dan Pantai Remis.

SPE 2 : MENGGALAKKAN KEMASUKAN PELABURAN LUAR TEMPATAN DAN
ANTARABANGSA

Langkah-langkah perlaksanaan :

i. Mewujudkan Zon Ekonomi Eksklusif Manjung (ZEEM) – “Perak Silver Coast” di sepanjang kawasan persisiran pantai dan juga kawasan persisiran Sungai Dinding sehingga ke Jambatan Tuanku Permaisuri Bainun.
ii. Membangunkan rangkaian sistem perhubungan daerah yang komprehensif dengan cadangan pelabuhan baru, lapangan terbang,
hub terminal pengangkutan dan lebuhraya-lebuhraya baru.

DAERAH MANJUNG SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN YANG UNGGUL DAN MENJADIKAN SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI SALAH SATU TONGGAK PEMBANGUNAN EKONOMI DAERAH

Langkah-langkah perlaksanaan :

Mempelbagaikan mod pengangkutan di Daerah Manjung dengan pembinaan lebuhraya-lebuhraya baru, hub terminal pengangkutan, pelabuhan dan lapangan terbang.
ii. Memelihara aset-aset pelancongan sediada seperti Pulau Pangkor, Pangkor Laut, Gugusan Pulau Sembilan, Teluk Senangin, Damar Laut dan Teluk Batik dengan kawalan pembangunan yang ketat.
iii. Membuat perancangan dan pembangunan semula petempatan petempatan setinggan dan perkampungan nelayan di Pulau Pangkor yang tidak teratur pembangunannya. Ini adalah bagi meningkatkan imej Pulau Pangkor sebagai sebuah destinasi pelancongan.
iv. Mengekalkan dan memelihara kawasan semulajadi termasuk hutan simpan dan paya bakau sebagai kawasan pelancongan berasaskan eko-lancong.

Yang ini yang kita kena tengok dan perati baik-baik. Aku bukan town planner…sebab aku cuma tengok dari sudut alam sekitar dan sosial. Tapi aku tak dapat nak bayangkan, macam mana industri dan pelancongan boleh duduk sebelah menyebelah. Sebelah resort..sebelah kilang…tak boleh nak fikir.

Apa yang jelas disini, Lumut akan dijadikan bandar pelabuhan dan perindustrian..manakala Pangkor akan dijadikan kawasan pelancungan. Nak tengok contoh…tengok Pulau Pinang sekarang. Seberang Perai..dari Teluk Air Tawar sampai Batu Kawan dah jadi kawasan perindustrian, manakala Pulau Pinang jadi pusat pelancongan.

Tapi kat Penang pun ada industri di Bayan Lepas.

Pusat pelancongan terdapat disepanjang Gurney Drive sampai Teluk Bahang. Kalau dulu perkampongan Melayu terdapat disepanjang pesisir pantai tersebut, tapi sekarang semuanya berpusat di rumah pangsa Tanjong Tokong dan Teluk Bahang. Orang Melayu Penang semua duduk flat..yang beli rumah kat Straits Quay semua Mat Saleh.

Butterworth sekarang menjadi bandar yang paling panas di Semenanjung. Bagus la…tak lama lagi, Lumut akan mengambil alih Butterworth sebagai bandar yang paling kotor dan panas. Pulau Pinang akan menjadi lebih bersih dan teratur. butterworth akan menjadi bandar industri Hi-tech yang tidak mengeluarkan pencemaran yang teruk..Pangkor dan Lumut akan mengambil alih.

Tiada ulasan: