Isnin, 6 Februari 2012

Pujian ke Atas Kerajaan Negeri Selangor di atas Pembelaan Penduduk Kg Berembang

KEDAH LANIE


Mengikut laporan akhbar (seperti yang terkepil di bawah) mangsa2 kezaliman peristiwa pengambilan Kampung Berembang telah diberikan rumah oleh kerajaan negeri Selangor pimpinanPakatan Rakyat.

Saya sebagai warga Selangor mengucap seribu tahniah kepada KerajaanPakatan Rakyat Selangor serta Tan Sri Khalid Ibrahim sebagaiMenteriBesar Selangor.

Walaupun ada sesetengah pihak yang mengaku memperjuangkan hak dan kebajikan orang Melayu, namun hakikatnya kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid tidak hanya bercakap tetapi membuktikannya.

Penduduk2 Kg Berembang yang majoritinya Melayu telah dihalau dan dihambat dari rumah tangga mereka secara zalim.Yang menzalimi penduduk Kg. Berembang juga adalah mereka yang mengaku membela dan memperjuangkan bangsa Melayu.

Penduduk2 kampung Berembang akan mendapat rumah di perumahan yang diberi namaFlat Berembang Indah

Mengikut laporan akhbar di bawah, mereka sudah boleh berpindahke rumah2 mereka pada 1 April tahun ini.

Sekali lagi, syabas sayau capkan kepada Tan Sri Khalid Ibrahim serta kerajaanPakatan Rakyat Selangor.

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK


Tiada ulasan: