Selasa, 21 Februari 2012

“Penipu antarabangsa” Najib diminta jelas pendirian terhadap 'two-state solution' jika berani

Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle


Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim telah mencabar Perdana Menteri Najib Razak untuk menjelaskan pendirian beliau sama ada kerajaan beliau menyokong pembentukan dua buah negara untuk konflik Israel – Palestin yang berpanjangan.

“Kami mendesak agar Najib mennyatakan pendirian beliau dan pendirian kerajaan beliau kepada rakyat Malaysia dan dunia jika kerajaan beliau menyokong pembentukan dua buah negara atau tidak.Jika ya, mengapa beliau mengkritik Anwar kerana komen yang telah beliau buat –bukankah ia ibarat bermuka-muka?” beritahu timbalan presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle melalui email pada hari Selasa.

“Kita harus berhati-hati dengan Najib. Ini adalah isu antarabangsa dan diperhatikan oleh seluruh kuasa dunia. Tidak seperti Anwar yang dihormati kerana pendirian kukuh beliau, Najib pula boleh mengatakan satu perkara di luar negara dan yang lain pula di dalam negara. Memang kita rasa Najib tidak akan menyahut cabaran kita dan terus berdiam diri tetapi dengan berbuat begitu, ia sudah cukup untuk membuktikan pada dunia sikap talam dua muka beliau dan Umno. Kita juga jangka bahawa beliau akan mendapatkan orang beliau untuk menerangkan dengan pihak AS juga Israel bahawa apa yang beliau katakan di negara ini bukanlah pendirian rasmi beliau tetapi hanya gimik politik. Sudah tiba masanya dunia mengutuk perkara sebegini dan menghukum penipu antarabangsa seperti Najib dan Mahathir.

Mempergunakan pendirian fundamentalis PAS

Lagi gimik politik Najib; beliau dengan pantas mengumumkan bahawa beliau menyokong Palestine setelah PAS meminta Anwar memperjelaskan komen beliau mengenai Israel. Beliau seperti berharap agar masyaraka Islam di serata dunia lupa bahawa ini memanglah diperjuangkan Anwar selama ini.

Najib berharap agar dapat mencipta satu drama mengenai isu ini dalam usaha beliau memusnahkan kredibiliti Anwar di mata orang Melayu Islam yang membentuk kumpulan pengundi terbesar di negara ini.

Beliau memanggil Anwar sebagai talam dua muka dan mengatakan bahawa Malaysia menolak kenyataan yang dibuat ketua pembangkang itu dan terus menyokong Palestine. Tetapi pengkritik mengatakana bahawa Najib dengan bijaknya cuba mengelak daripada menyebut mengenai penyelesaian dua negara yang sebenarnya adalah isu dasar kepada perkara ini.

Penyelesaian ini merujuk kepada penyelesaian kepada konflik Israel-Palestine yang masih dalam rundingan. Ia mencadangkan dua negara untuk 2 kumpulan rakyat. Penyelesaian ini diilhamkan daripada penubuhan Palestine yang bebas dan negara Israel.

“Hamas dan Organisasi Pembebasan Palestine (PLO) tahu bahawa ini bukan pendirian kita. Mereka tahu bahawa Malaysia sangat menyokong apa-apa usaha untuk Palestine,” beritahu Najib kepada media arus perdana.

Walaubagaimanapun, menyokong Negara Palestine adalah sesuatu yang didukung oleh Anwar dari zaman beliau menjadi Timbalam Perdana Menteri dan nombor 2 Umno sejak tahun 90-an. Sokongan kepada Palestine ini juga pendirian PKR dalam polisi antarabangsa.

“PKR mengulangi bahawa kedaulatan Negara Palestine yang bebas haruslah diwujudkan segera. Inilah pandangan kita dan ia tidak pernah bertukar,” ujar Tian.

Najib dan Umno diketahui antarabangsa dengan pandangan berat sebelah dalam agama dan politik perkauman

Isu ini timbul bulan lepas apabila Anwar ditemuramah oleh media antarabangsa di serata dunia seleas pembebasan beliau daripada tuduhan liwat oleh pentadbiran Najib. Dalam temuramah dengan Wall Street Journal, inilah yang disebut oleh Anwar:

" I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.Malaysia has consistently refrained from establishing diplomatic relations with Israel, although limited commercial ties exist between private companies in the two countries.

Terdesak untuk memotong kenyataan Anwar, Najib dan Umno menggunakan komen beliau kepada WSJ untuk memfitnah Anwar bahawa beliau mahukan kesalamatan Israel lebih daripada Palestine.

Ini tidak benar dan Anwar sudahpun menjelaskannya. Namun begitu, ia tidak menghentikan Najib dan Umno untuk menyerang beliau.

"I stressed that the needs and rights of the Palestinian people must be guarded and that includes the right to their own country and to not be victimised. I also stated that if this is met then Israel's rights should also be respected," Anwar said in a statement shortly after the Umno-controlled press hurled a barrage of false accusations against him.

"I am issuing a stern warning to anyone trying to twist my statement just so that they can say that I have betrayed the aspirations of the Palestinian people. PKR's stand is to defend the rights of whoever it is that has been victimised."

PAS menentang penubuhan dua negara, bagaimana dengan UMNO?

PAS, ahli dalam Pakatan Rakyat tetap dengan pendirian mereka bahawa adalah salah untuk orang Islam menyokong bahawa Israel mempunyai apa-apa hak. PAS menentang penubuhan dua negara.

Kepada PAS, Israel adalah negara yang tidak sah dan ulamak PAS telah meminta Anwar menarik balik kenyataannya ataupun menyaman WSJ kerana salah memetik kata-kata beliau.

Sebagai sahabat, adalah menjadi tanggungjawab kita menegur antara satu sama lain. Inilah ajaran Islam. Saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang sahabat dan Mursyidul Am PAS dengan meminta beliau agar menarik balik kenyataannya terhadap Israel,” ujar Nik Aziz.

Anwar dijangka akan bertemu dengan pemimpin PAS berusia 79 tahun itu dan ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat-PAS, PKR dan DAP adalah rakan kongsi yang mempunyai hak sama. Mereka terikat oleh terikat oleh komitmen yang sama, juga pendirian terhadap satu-satu isu dan perkara dasar. Yang tidak digariskan dalam Polisi Kesamaan mereka, mereka tidak perlu untuk mengikutinya dan mereka bebas dengan pendapat serta pendirian mereka.

“Kekecohan yang timbl mengenai hukum hudud dan negara Islam yang digunakan oleh BN untuk memberi tekanan kepada PAS dan DAP adalah satu contoh yang baik. Adakah PAS teguh dengan pendirian mereka mewujudkan negara Islam atau adakah DAP teguh dengan pendirian tidak mahu menerimanya dan juga dengan hukum hudud? Jadi, samalah dengan pendirian mengenai pengwujudan dua negara. Tetapi untuk menukar pendirian Umno mengenai penubuhan dua negara Israel dan Palestine, Najib tidak perlu menghujahkannya di Parlimen. Beliau tidak akan berani. Jadi, jika Najib bukan talam dua muka dan bermain politik murahan, Kerajaan yang diteraju Umno ini harus dengan cepat menarik balik sokongan mereka terhadap polisi dua negara,” cabar Tian.

“Begitu juga dengan Hari Valentine dan lawatan Thaipusam Najib. Semua tahu PAS mahu mengharamkan kedua-dua nya kerana ia mencerminkan anti Islam. Bagaimana pula dengan Umno? Mengapa senyap? Adakah kesederhanaan Najib itu satu lakonan dan apabila semua peserta luar negara bagi Gerakan Globalisasi Kesederhanaan telah pulang, beliau terus bertukar menjadi seorang ekstrimis dan yang paling bahaya- penipu dan rendah moral.”Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: