Selasa, 14 Februari 2012

Hentam masyarakat Kristian dan rasuah berciri perkauman: Najib harus jelas pendirian

Maria Begum , Malaysia Chronicle


Rakyat Malaysia yang terkemuka dan pemimpin pembangkang menyelar Perdana Menteri NAjib Razak yang tidak menampakkan progress dalam usaha reformasi beliau. Terutamanya selepas menyelit sentiment perkauman dalam rasuah selepas Perkasa mendakwa Shahrizat Jalil dan keluarganya tidak bersalah dalam skandal NFC kerana yang mendedahkan perkara tersebut adalah orang bukan Melayu yang berniat jahat.

“Isu perkauman tidak seharusnya timbul. Saya sangat kecewa kerana Najib membenarkan Ibrahim Ali dan orang-orangnya campur tangan. Sehinggalah Najib mengeluarkan kenyataan yang kukuh, jangan harap bahawa rakyat tidak syak bahawa beliau tidak terlibat. PM harus mengambil langkah menjelaskan kedudukkan kerajaan dan menyelar tindakan Ibrahim Ali yang cuba menakut-nakutkan Ketua Auditor,”ujar Ramon Navaratnam bekas pengerusi komiti SPRM untuk Pencegahan dan Konsultansi Awam kepada Malaysia Chronicle.

Rasuah hanya untuk bukan Melayu?

Ramon bekas kakitangan kerajaan telah merujuk kepada laporan akhbar pada hujung minggu lalu yang mengenai Ibrahim Ali, Presiden Perkasa yang menggesa pihak auditor mengubah pendapat mereka dalam laporan 2010 bahawa NFC dalam keadaan yang teruk kepada NFC dalam keadaan yang baik.

Ibrahim mendakwa bahawa pihak audit telah bersetuju berbuat demikian dan ini telah menimbulkan kemarahan rakyat kerana jelik dengan sikap pemimpin UMNO yang sering cuba mengelak hukuman dan disiasat kerana menyalahgunakan dana awam.

“Sebenarnya, Datuk Salleh pernah mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka yang menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada pekerja ini telah menggelapkan wang,” Ibrahim memberitahu pemberita pada hujung minggu lepas seolah-olah dakwaan rasuah terhadap keluarga Shahrizat dan kecuaian TPM Muhyiddin Yassin menganugerahkan projek itu tidak langsung berasas.

Pusat Feed Lot Negara (NFC) merupakan projek yang dimiliki kerajaan yang dilaksanakan untuk membekalkan daging lembu negara. Projek tersebut dianugerahkan kepada keluarga Shahrizat.

“NFCOrp merupakan syarikat persendirian dengan kerajaan mengisukan saham kepadanya dengan mengambilkira pinjaman yang diberikan kepada NFCorp di mana NFC merupakan sebuah pusat yang dikawal oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas-tani,” dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak NFCorp pada hari Rabu.

Jika benar, ini mengukuhkan lagi sebab SPRM harus menyiasat NFCorp dan rasa takut dan pilih kasih kerana pinjaman RM250 juta itu diagihkan kepada akaun syarikat, kata pemerhati. Bagaimana harus dakwaan rasuah ditarik balik hanya kerana mereka yang mendedahkannya itu bukan Melayu seperti dakwaan Ibrahim Ali atau kerana Audit Negara mengaudit NFC dan bukan NFCorp. Keluarga Shahrizat sememangnya mengawal NFCOrp melalui NFC dan pinjaman kerajaan, jadi mereka memang bertanggungjawab membelanjakan duit rakyat, kata mereka.

Sementara itu, pengarah eksekutif NFCorp, Izmir Salleh menyambut baik siasatan SPRM. “Saat ini, beberapa laporan telah dilaporkan dan pelbagai kenyataan juga telah diserahkan kepada pihak polis bersama buku dan dokumen NFCorp dalam siasatan yang masih berjalan ini. Segalanya berada di dalam tangan pihak yang sepatutnya yang masih menyiasat,” ujar Izmir.

Hentam masyarakat Kristian lagi

Perkasa diasaskan oleh Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas dan dinaung oleh Mahathir Mohamad yang terkenal dengan politik perkauman dan rasuah. Sehari selepas Ibrahim Ali memeranjatkan negara dengan seruan beliau agar pihat audit menukar laporan NFC sebagai “baik” daripada “tidak baik”, setiausahanya mencipta satu lagi kontroversi. Kali ini dengan pihak Kristian pula.

“Agama Islam dan orang Islam sedang diserang di Selangor… Perkasa sangat prihatin terhadap gerakan pengkristianan yang semakin agressif, terutamanya dengan Khalid [Ibrahim] memegang portfolio untuk Islam,” beliau dipetik sebagai berkata dan ini jelas untuk mengajak rakyat Selangor mengundi keluar kerajaan Pakatan Rakyat.

Apa pendirian kamu Najib?

Banyak gesaan yang dibuat oleh kumpulan Kristian, masyarakat awam dan pemimpin Pakatan yang menyeru agar Najib menjelaskan pendirian beliau.

Yang menariknya, semasa Perkasa sibuk menghentam masyarakat Kristian, Najib berada di Pulau Pinang mencanangkan prinsip yang diamalkan BN “semangat kekitaan dan bersatu padu”.

“Ibrahim Ali si katak UMNO sekali lagi melaungkan sentiment anti Kristian. Dan seperti biasa, Najib tidak mendengar atau mengambil tindakan,” kata timbalan presiden PKR Chua Jui Meng dalam twitter beliau.

“2 tahun lalu, Malaysia melalui saat genting di mana gereja kita di serata Malaysia diancam akan dibakar dan kebebasan Perkasa berkata apa sahaja yang ia suka tidak akan membantu sekiranya Najib sebagai PM dan “jaguh” keserdahanaan terus memekakkan telinga terhadap Perkasa, ahli UMNO dan juga madah UMNO; Utusan yang menyebarkan sentimen perkauman dan ketidak- toleransian agama dan ekstrimis,” luah Ahli Parlimen DAP PJ Utara Tony Pua.

“Sebaliknya, Najib telah lebih daripada sekali membuat pusingan “U” untuk melegakan Ibrahim Ali. Tanpa keikhlasan dan keinginan politik daripada kepimpinan atasan UMNO, Perkasa mempunyai kebebasan penuh untuk melakukan apa sahaja sebelum pilihanraya ini untuk menakut-nakutkan masyarakat Melayu –Islam demi menjaga undi UMNO.Permainan Perkasa dan UMNO ini boleh menjahanamkan imej Malaysia sebagai negara yang sederhana. Najib akan dikenali dalam sejarah sebagai PM yang menggagalkan kesederhanaan.” Malaysia Chronicle

Tiada ulasan: