“Ekonomi dunia semakin lembab dan zon eurosedang menuju kemelesetan ekonomi tahun ini. International Monetary Fund (IMF) meramalkan kesuraman keadaan global pada Selasa lalu. Secara keseluruhannya, ekonomi dunia dijangka mengembang kepada 3.25 % pada 2012- jatuh 4 % berbanding yang diramal oleh IMF.
Angka itu termasuk 8.2% di Cina, yang masih merupakan ekonomi paling pesat mengembang di dunia dan 7% di India. AS pula pada 1.8%, sama dengan yang ramalan lalu. Untuk ekonomi dirantau lain pula, ia banyak diperanguhi oleh risiko utama ekonomi – krisis kewangan yang berlarutan di zon euro. Dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa lepas, IMF meramalkan bahawa ‘kemelesatan ekonomi sederhana’ akan berlaku di 17 zon euro pada tahun ini. IMF juga memeberi amaran bahawa keadaan mungkin akan menjadi bertambah teruk”.
Yang di atas adalah sebuah ramalan yang gelap buat badan kewangan dunia dan ia akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia. Jadi, apakah yang dibuat oleh Najib Razak mengenai hal ini?
Jelaslah bahawa beliau akan lakukan apa yang beliau paling tahu lakukan- tiada apa-apa!
Untuk memahami lelaki ini, anda perlu tahu latar belakangnya
Dibesarkan dalam suasana mewah, Najib yang berusia 58 tahun itu tidak faham akan kesusahan dan kepayahan yang dilalui oleh rakyat, baik yang miskin atau yang menghadapi kesempitan hidup.
Beliau sering dikelilingi oleh yang terbaik dalam hidup beliau jadi beliau tidak faham apa maksudnya menjadi miskin. Mungkin kita tidak dapat menyimpulkannya dengan baik tapi hakikatnya, Najib tidak kisah dan tidak mungkin dapat menjadi perihatin terhadap rakyat.
Beliau lebih berminat untuk memastikan UMNO-BN menang pilihanraya ke 13 nanti supaya beliau dapat terus menjadi perdana menteri Malaysia. Itulah satu-satunya yang dia pentingkan.
Yang selainnya tidak langsung membimbangkan beliau kerana jelas beliau tidak begitu peduli dengan keadaan ekonomi kita. Beliau masih terus memberi habuan kepada rakyat dan yang terbaru RM500 seisi rumah untuk yang berpendapatan kurang RM3 000 sebulan. Bagaimana ini menunjukkan keprihatinan jika ia sekadar bantuan satu kali yang bertujuan untuk medapatkan sokongan pada PRU 13 kelak?
Kegagalan yang tidak berkesudahan
Pemberian Proton kepada DRB-Hicom yang dengan segeranya mereka menegaskan bahawa mereka tiada wang tetapi harus meminjam daripada Maybank yang juga harus meminjam daripada tempat lain. Bagaimana jika segalanya gagal dan Maybank menanggung hutang besar? Jika anda meneka bahawa KWSP dan PNB adalah pemegang saham terbesar Maybank dan ini pula bermakna wang mereka datang daripada pekerja biasa di Malaysia dan nelayan serta petani miskin – memang tepat sekali!
Kemeterian Pertahanan juga akan membuang duit membeli sebuah kapal tentera laut yang hampir sama dengan kapal selam Scorpenes yang dibeli Najib pada tahun 2002 yang didakwa menerima bayaran RM570 juta hasil belian itu. Tidak hairanlah Menteri Pertahanan sekarang, Zahid Hamidi beriya membeli jet pejuang Typhoon kerana ia sudah pasti memberikannya habuan yang tidak kurang hebat!
MRT Corp yang ditubuh di bawah Kementeri Kewangan dijangkan akan menaikkan bon untuk membiayai projek MRT Lembah Kelang yang bernilai RM 50 billion. Lebih banyak wang akan dipinjam dan juga kadar faedahnya. Sememangnya apabila projek itu bermula, akan ada aktiviti ekonomi tetapi, seperti juga dengan projek mega yang lain sebelum ini, ia akan bersifat sementara dan akan hilang apabila mereka sudah selesai membuat wang mereka. Rakyat Malaysia merasa dipersiakan dan hutang negara akan meningkat sedang pemimpin UMNO dan kroni mereka mendapat habuan yang banyak-seperti biasa.
Masa depan agak senang dijangka. Rakyat akan menderita akibat perkhidmatan yang teruk dan penyelenggaraan KVMRT tidak dilakukan dan akhirnya projek itu akan perlu diselamatkan. Rakyat Malaysia agaknya sudah biasa dengan keadaan ini. Sejarah juga menunjukkan bahawa projek LRT Malaysia sering gagal dan perlu diselamatkan kerana perancangan dan pembinaan yang lemah.
Tetapi untuk KVMRT, projek terbesar yang mungkin perlu diselamatkan- ia tidak akan ke mana dan strukturnya yang sudah siap akan menjadi gajah putih dengan sistem keseluruhannya hanya separuh siap. Disebabkan masalah yang banyak, keseluruhan sistem tidak akan berjalan dengan baik. KVMRT ditakdirkan untuk gagal dari mula. Jangan lupa ya, and baca di sini dahulu!
Projek Iskandar Johor juga dibanggakan UMNO sebagai projek yang berjaya. Malangnya, ia hanya pada kertas. UMNO membuat propaganda bahawa segalanya berjalan lancar di selatan. Pada dasarnya, ia hanya gambar-gambar indah, carta dan statistik kerana Iskandar, seperti KVMRT hanya akan mendatangkan faedah kepada kontraktor terpilih dan ia adalah projek yang diluar jangkauan ekonomi disebabkan perancangan lemah.
Bukan projek ekonomi tetapi skim buat duit
Hanya “langkah pertama” yang penting. Kerana di sinilah kontraktor kroni dan pemaju mendapatkan kontrak kerajaan yang menggiurkan. Mereka tidak peduli jika projek itu gagal berintegrasi dengan ekonomi tempatan dan negara secara keseluruhannya. Najib yang merupakan menteri kewangan juga tidak peduli. Beliau juga sibuk mendapatkan habuan untuk dirinya dan rakan-rakannya dalam UMNO.
UMNO dan Najib hanya berjaya membuat skim buat duit. Inilah sebabnya mengapa Malaysia akan menjadi bankrap. Rakyat pula tidak menjadi kaya. Hanya kumpulan-kumpulan tertentu yang menjadi kaya. Inilah masalahnya dengan semua projek ekonomi UMNO. Mereka bersifat sementara dan tiada kesan berpanjangan dan ia akhirnya akan menjadi beban kepada rakyat
IPP sedang memerah TNB dan Petronas dan ini akan memberi kesan kepada rakyat yang terpaksa membayar harga tinggi untuk minyak dan kadar elektrik. Lebuhraya yang telah siap masih meningkat naik kadar tolnya dan hasilnya, ia menaikkan harga segala –gala yang lain. Ini satu lagi contoh skim buat duit UMNO. Yang paling teruk adalah Zon Bebas Pelabuhan Kelang bernilai RM 12.5 billion yang cuba diselindung dengan bodohnya.
Pujian untuk tidak buat apa-apa
Jadi, memang satu lawak jenaka World Chinese Economic Forum (WCEF) menganugerahkan Najib Bapa Modenisasi dan Transformasi apabila beliau belum pun menghabiskan satu penggal sebagai PM dan tidakpun mendapat mandat mentadbir negara.
Sungguhpun begitu, presiden MCA Chua Soi Lek melakonkan sokongan padu dengan mendapatkan kontrak untuk WCEF memberi penghormatan kepada Najib. Tetapi mereka yang akhirnya ditertawakan kerana memberi anugerah percuma kepada Najib!
Ini memang satu kejayaan! Atau adakah mereka sebenarnya menganugerahkan Najib dengan sesuatu yang sangat gah atas dasar sinis? Media juga tidak berani melaporkannya kerana takut dikecam dan akan membahayakan BN sendiri.
Jika momokkan, janji kosong, bebanan kepada rakyat, membawa negara ke arah kebankrapan, menyelindung masalah kewangan seperti skandal RM250 Shahrizat-NFC dan ketidak-tegasan adalah asas kepada pemberian anugerah itu, maka Najib benar-benar layak menerimanya. Apa pendapat anda? Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan