Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyelar kepimpinan parti beliau, yang sekarang diterajui Perdana Menteri Najib Razak dengan mengatakan bahawa mereka mencanangkan diseluruh negara untuk berubah tetai demokrasi dalam Umno sendiri hanyalah 10% daripada yang pernah diamalkan oleh pemimpin zaman 60-an dan 70-an.
“Umno dan pemimpinnya pada masa itu sangat setia pada semangat bahawa Umno dibentuk atas dasar sebuah parti yang benar-benar mengamalkan demokrasi. Kini, presiden Umno sendiri iaitu Najib Razak turut menjelajah seluruh negara dengan mesej bahawa ‘kita harus berubah sekira tidak, kita akan diubah’,” beritahu Kadir kepada wartawan.
Gunakan politik perkauman untuk tutup kerakusan sendiri
Beliau juga memberitahu elit Umno untuk menghentikan politik perkauman dengan menyalahkan orang Cina kerana kelembapan Bumiputera untuk membangun dari segi sosio-ekonomi. Umno sendirilah yang harus berubah terutamanya diperingkat tertinggi demi untuk reformasi ekonomi berlaku,tambah beliau.
Jangan salahkan orang Cina atau parti politik Cina kerana kegagalan mereka untuk meningkatkan prestasi bumiputera membangunkan diri dari segi sosio-ekonomi. Kita telah ada 50 tahun untuk melakukannya.
“Siapa yang harus berubah? Adakah hanya ahli Umno atau termasuk pemimpinnya sekali?”
Sememangnya elit Umno sering dituduh berselindung disebalik Dasar Ekonomi Baru untuk melakukan rasuah besar dan tidak terkawal, yang menyebabkan jurang yang besar antara yang miskin dan kaya terutamanya dalam masyarakat Melayu.
Walaupun sudah ada 5 dekad langkah-langkah konkrit dilaksanakan, Melayu dan Bumiputera masih lagi membentuk 90% daripada 40% rakyat termiskin di negara. Menurut Laporan Global Integriti Kewangan, sekurang-kurangnya RM888 billion telah dikeluarkan dari negara secara haram dari tahun 2000 hingga 2009.
Amaun yang sebegitu besar sepatutnya dalam membantu dalam keperluan Bumiputera pendalaman sekiranya pemimpin Umno ikhlas dan tidak mencuri wang itu untuk diri mereka dan keluarga mereka, beritahu pemerhati.
Rasuah tetap kelemahan utama Umno
Abdul Kadir telah menyeru parti beliau untuk menyelesaikan masalah rasuah. Beliau pernah memegang pelbagai jawatan dalam Umno sejak 1956.Pernah menjadi setiausaha politik. setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. “Sudah pastilah saya telah mendapat sedikit ilmu dan pengalaman dan oleh itu, saya layak memberikan pendapat saya,” ujar Kadir.
“Saya menyeru pihak yang sepatutnya dalam parti untuk menimbangkan pendapat saya. Saya rasa jika ia dilaksanakan, ia akan memberikan kebaikan kepada semua pihak baik jangkamasa pendek atau lama.”
Antara nasihat beliau adalah untuk kempimpinan parti menghentikan segala bentuk rasuah, termasuk rasuah politik di mana seseorang itu akan memberi wang kepada ahli dalam parti untuk membenarkan dia dilantik dalam pelbagai jawatan dalam parti; dan berhenti memberi rasuah kepada orang lain untuk menjadi popular dan menang dalam pilihanaya.
“Terdapat pelbagai cara untuk menjadi popular dan menang pilihanraya tanpa merosakkan nilai murni dan cara hidup rakyat. Percayalah bila saya katakan bukan sahaja rakyat yang memerhatikan kita tetapi juga komuniti antarabangsa,” ujar Kadir lagi.Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan