Dalam writ saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin, Mohd Kamil mendakwa Khusrin mengeluarkan kata-kata fitnah itu di Utusan pada 15 dan 16 Disember tahun lalu.
Laporan Utusan itu antaranya memuatkan kenyataan Khusrin mengenai tangkapan penganut Syiah. Beliau turut dilaporkan menghuraikan beberapa ciri dan pendekatan aliran itu mengikut kefahamanya.
Sehubungan itu, Mohd Kamil sebagai plaintif percaya bahawa kenyataan itu menggambarkannya sebagai pengikut Syiah yang menganggap umat Islam yang bermazhab lain sebagai kafir dan darahnya halal dan/atau boleh dibunuh.
Menurutnya, kenyataan Khusrin juga membawa makna plaintif adalah seorang pengikut ajaran Syiah yang lebih berbahaya dari ajaran sesat; pengikut ajaran Syiah yang sesat dari ajaran Islam; dan seorang Islam yang tidak beriman dengan kewajipan mengerjakan haji.
Khusrin kini merupakan setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor.
Dalam writ saman itu, Mohd Kamil berkata, penyiaran kenyataan tersebut menyebabnya menanggung malu dan aib yang amat berat dan juga kesengsaraan dari segi maruah, air muka, kredibiliti, karakter dan reputasi.
Tuntut siar maaf 3 hari
Utusan juga didakwa menerbitkan kenyataan itu tanpa usul periksa dan dengan niat jahat bagi mensensasikan berita dan melariskan akhbar tersebut.
Tindakan itu bagi mendapat faedah kewangan tanpa mengambil berat reputasi, maruah dan harga diri plaintif.
Sementara JAIS pula didakwa bertanggungjawab atas segala tindakan dan perbuatan yang Khusrin.
Utusan dinamanakan sebagai defendan pertama, Khusrin sebagai defendan kedua dan JAIS pula sebagai defendan ketiga.
Mohd Kamil juga mendakwa telah dua kali menghantar notis meminta defendan-defendan menarik balik tuduhan itu, meminta maaf dan membayar gantirugi.
Sehubungan itu, Mohd Kamil menarik balik tuduhan fitnah dan memohon maaf yang disiarkan di muka hadapan Utusan selama tiga hari dan memberikan gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi melampau, kos dan lain-lain relif yang ditetapkan mahkamah.
Mohd Kamil diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin daripada tetuan Mohamed Hanipa & Associates.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan