Ahad, 5 Jun 2011

Pemuda PAS Akan Bantu Saf Baru

Ditulis oleh Nur Atiqah Abd Samad



GOMBAK : Dewan Pemuda PAS akan membantu kepimpinan baru PAS Pusat untuk memperkasakan parti sekaligus memenangi pilihan raya umum ke- 13 akan datang.

Ketuanya, Nasruddin Hassan Tantawi berkata keputusan pemilihan pucuk kemimpinan hari ini dilihat saling melengkapi antara satu sama lain dan meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap parti itu.

"Kami selesa dan bersedia untuk bekerja dengan siapa jua yang telah diberikan amanah dan mandat oleh ahli parti di kalangan pimpinan-pimpinan kita sebab mereka mengambil amanah kepimpinan itu adalah hasil pilihan yang diberikan oleh perwakilan dan perwakilan adalah dari kalangan mereka yang terpilih di peringkat akar umbi yang hadir membawa mandat,"katanya.

Justeru Pemuda PAS akan bergandingan bahu menyokong kepimpinan PAS dan turut sama memperjuangkan dasar- dasar parti.

Nasruddin berkata keputusan pemilihan hari ini yang menyaksikan Momhamad Sabu diangkat menjadi timbalan presiden.
Sementara Sallehuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Husam Musa diberi kepercayaan untuk menjawat jawatan naib presiden.
Nasruddin berkata, pimpinan baru yang terpilih tidak perlu dipersoalkan lantaran kesemua mereka mempunyai kreadibiliti dan kelayakan maksimum untuk menggerakkan hala tuju parti.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Taman Melewar Gombak, Selangor dalam majlis Muktamar Tahunan PAS kali ke-57.
Bagaimanapun, Nasruddin berkata Pemuda PAS tidak akan melupakan jasa dan sumbangan yang diberikan barisan kepimpinan terdahulu.
"Dewan pemuda dengan saf kepimpinan yang baru ini tanpa menafikan sumbangan yang telah diberikan kepimpinan sebelum daripada ini akan terus memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan Pas berjaya mencapai cita-cita dan menggapai matlamat yang telah digariskan,"ujar beliau.
Tegas beliau Pemuda PAS terus merangka pelbagai strategi bagi menarik minat pengundi terutamanya golongan belia untuk menyokong parti itu.

Tiada ulasan: