Isnin, 13 Jun 2011

DAP sokong RCI untuk IPP

TVS NEWS




SHAH ALAM - DAP menyokong cadangan Bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah supaya kerajaan mngusulkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kontrak antara Tenaga Nasional Berhad dan Penjana Kuasa Bebas (IPP) yang berat sebelah.

“RCI akan menentukan betapa parahnya perjanjian berat sebelah ini dan bagaimana ia membebankan pengguna berikutan dengan kenaikan tarif elektrik dan akan memperkenalkan jalan untuk mengurangkan atau melupuskan beban dari segi kewangan terhadap rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, berkata semakan semula IPP amat penting keana ia membabitkan dana awam dan mengakibatkan harga tariff elektrik dinaikan baru-baru ini.

Pihak Kabinet telah menaikkan tarif elektrik sebanyak 7.12 peratus, bermula pada 1 Jun, dalam usaha untuk mengurangkan subsidi tumbuh dan pelebaran defisit fiskal.

“Sehingga pada akhir tahun 2010, Petronas telah meluaskan subsidi gas sebanyak RM131.3 billion kepada sektor tenaga dan bukan tenaga,” kata Lim.

IPP adalah penerima terbesar subsidi ini. Selain itu IPP juga menjual tenaga elektrik kepada TNB pada kadar harga yang jauh lebih tinggi daripada pasaran, mengikut terma-terma perjanjian yang ditetapkan oleh Putrajaya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata bahawa syarikat YTL mendapat keuntungan lebih daripada RM1.6 billion tahun lepas, manakala syarikat Powertek dan Malakoff untung sebanyak RM450 juta dan RM380 juta masing-masing.

“Tiada alasan yang munasabah mengapa kerajaan Barisan Nasional (BN) amat prihatin tentang penjimatan tahunan sebanyak RM226.8 juta, hasil daripada pengurangan subsidi diesel atau RM116 juta daripada pengurangan subsidi gula atau tarif elektrik yang akan menjimat kurang dari RM1 billion, tetapi tidak prihatin tentang subsidi gas yang besar kepada IPP,” kata Lim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga memotong subsidi diesel bermula dari 1 Jun, yang mencetuskan mogok di kalangan nelayan-nelayan dan operator bot di Kuantan.

Bekas Ketua Eksekutif TNB, Tan Sri Ani Arope mengkritik secara terbuka bahawa perjanjian pembelian tenaga dengan IPP sebagai ‘rompakan ekonomi’.

Ani meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif TNB pada tahun 1996 kerana enggan menandatangani perjanjian yang berat sebelah, antara TNB-IPP walaupun di paksa oleh kerajaan.

Perjanjian pembelian tenaga antara TNB dan beberapa IPP diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin juga menyatakan bahawa pihak kerajaan tidak berkuasa untuk mengeluarkan kandungan perjanjian tersebut.

Tiada ulasan: