Rabu, 10 November 2010

Zaid Kembali Ke Zaman Mabuk!

Oleh Mohd Sayuti Omar'

SAYA sangat berdoa dan berharap semoga Zaid Ibrahim tidak mabuk apabila beliau membuat kenyataan dalam sidang media khas di rumahnya hari ini yang menyalahkan Anwar Dan Azmin yang menyebabkan PKR menjadi punca masalah dalam parti berkenaan. Saya berkata begitu kerana beliau sudah ke Makkah dan sudah bertaubat untuk tidak melakukan dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil.

Apalah rasionalnya Zaid menyalahkan Anwar dan Azmin berhubung kemalangan yang diterimanya hari ini? Beliau telah melepas semua jawatan dan menarik diri dari bertanding jawatan timbalan presiden. Kononnya beliau berbuat begitu kerana tidak percaya kepada PKR, tentunya kepada Azmin dan juga Anwar Ibrahim.

Sesiapa pun tidak menafikan Anwar ada melakukan kesilapan, dan begitu juga dengan Azmin. Tetapi apakah orang boleh mempercayai kalau Zaid sekudus ahli syurga yang cuba hendak memperbetulkan PKR? Apakah Zaid tidak ada kesalahan? Sejarah penglibatanya dalam politik sudah diketahui umum. Kalau beliau umpama malaikat Subuh pasti Umno tidak memecatnya. Sejahat-jahat Umno tentulah Zaid lebih jahat dari parti berkenaan.

Sebagai ahli beliau berhak untuk membuat kritikan dan teguran. Tetapi teguran terbuka dan melampau adalah tidak betul dan bukan menggambarkan seorang yang profesional seperti mana profesyen beliau sebagai pengamal undang-undang. Sikap marahkan nayamuk membakar kelambu adalah bodoh.

Pada saya Zaid tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan demikian. Ia bukan satu penyelesaian. Kalau dia masih berharap untuk meperbaiki PKR caranya bukan begitu. Zaid perlu ingat dan sedar diri bahawa sewaktu rumah PKR di bina beliau berada jauh dari pembinaan itu. Bahkan beliau berada di sebelah sana. Sumbangan Zaid kepada PKR dan juga reformasi tidak sampai sekacip pinang pun.

Sesudah rumah siap baru dia mendekati PKR. Itupun selepas dipecat dari Umno. Beliau menggunakan alasan Umno korup, tidak demokratik maka beliau 'keluar' dari Umno. Betulkah? Hati yang tenang dan jiwa yang mulia dapat mengukur sejauh mana dakwaan itu. Saya percaya kalau beliau keluar dengan cara dipecat itu, kerana beliau tidak ada peluang berada dalam Umno. Jalannya dalam Umno untuk menuju ke Putrajaya sudah tertutup. Saya yakin kalau beliau PM beliau akan kekal dalam Umno dan sedia hanyut bersama noda dan dosanya asalnya dia berkuasa.

Zaid telah menyerlahkan nafsunya untuk jadi perdana menteri. Itu tidak menjadi masalah, setiap orang menyertai politik inginkan jawatan itu. Tetapi jangan cuba naik dengan memperalatkan orang lain dan bila gagal menyalahkan orang lain pula. Sebesar ulat dalam tahi pun Zaid tidak menyatakan kesalahan dan kecacatan yang ada kepadanya.

Celaru atau tidak PKR, Anwar, Azmin dan rakan mereka yang lain ternyata bejaya meletakkan PKR ke puncak yang dirundui oleh Zaid. PKR berjaya menawan empat buah negeri bersama Pas dan DAP. Bukankah atas kejayaan itu maka Zaid terkindir-kindir dan terkenyeh-kenyeh untuk memasukinya?

Kerana percaya PKR lebih baik dari Umno itulah maka Zaid hadir untuk menumpang kemudian mengakarkan diri kemudian menguasai diri dalam PKR. Kenapa selepas beliau merasakan hendak kalah dalam pertandingan yang penuh tektikal itu baru nampak yang PKR buruk dan huduh. Tidakkan sepanjang pertandingan itu Zaid juga turut sama melakukan kegiatan yang huduh dan buruk? Cara hanya nampak salah orang dan melindungi salah kita, tidak betul dong.

Hari ini dia buat kenyatan akhbar bersama penyokongnya. Apakah natijah kepada tindakan Zaid itu. Ia sesuatu yang menyedihkan. Baik-baik penyokong itu dulu bersetia dengan PKR, kini sudah berpecah. Penyokong itu akan ikut jejak langkah Zaid. Bukankan Zaid ini sebagai agen pemecah belah?

Saya rasa PKR rela hancur dari melacurkan diri untuk orang seprti Zaid ini. Iya sekali lagi dikatakan kalau Zaid merasakan dia kuat, mulia dan bersih umpama baru jelma dari syurga cubalah tubuh parti sendiri dan ajak sekalian penyokongnya itu. Ingatlah Zaid dan sesiapa pun bahawa kekayaan dan ego tidak akan dapat membeli seorang hamba yang berprinsip dan ikhlas dalam perjuangan. Duit hanya sesuai untuk dihemburkan dalam pesta syaitan saja.

http://msomelayu.blogspot.com/

14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ketika Zaid memasuki PKR dulu dia dianggap sebagai wira, tapi kini semua mengecam beliau. ini lah politik...

Tanpa Nama berkata...

nampaknya masalah dalaman PKR ini semakin serius dan diketahui umum. ini mungkin berpunca dengan sikap dan rasa tidak puas hati dikalangan mereka.

Sanih Alias berkata...

Zaid yang dulu dari UMNO dan kelaur terus menyertai PKR kerana beliau tidak suka dengan pemerintahan UMNO. Tapi sekarang di PKR baru beliau tahu bahawa kepimpinan UMNO/BN lebih baik dari PKR ini kata beliau. Baru beliau sedar bahawa BN lebih baik dari pembangkang setelah beliau menyertai pembangkang.

Paquin berkata...

Sememangnya dunia politik sukar diramal :(

Paquin berkata...

Apapun saya harap agar PKR dapat meredkan ketegangan yang timbul.

Unknown berkata...

Saya setuju dengan artikel ini. Sikap Zaid membuat kritikan dan teguran terhadap Anwar dan Azmin secara terbuka menunjukkan Zaid tidak profesional. Masalah dalaman ini harus diselesaikan secara rasional bukan secara emosional.

tombolo berkata...

masalah dalam PKR ni makin mnjadi2. entah bila akan selesai.

Unknown berkata...

saya berharap masalah dalaman PKR akan diselesaikan secepat mungkin sebelum PRU13.

Anak Sabah berkata...

Apa-apa pun, diharapkan Zaid akan membuat keputusan yang wajar.

Anak Sabah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

kita boleh ibaratkan Zaid masuk ke rumah orang kemudian menghalau tuan empunya rumah kerana tidak puas hati dengan layanan serta tidak memenuhi kemahuannya. inilah sikap seorang yang tamak dan sanggup melakukan apa sahaja semata untuk kepentingan diri sendiri.. beliau sepatutnya malu dan untuk menjaga maruah beliau sepatutnya keluar dari PKR..

Tanpa Nama berkata...

apa yang beliau lakukan bukan untuk mencari penyelesaian, tetapi bertujuan untuk meruntuhkan keseluruhan kepimpinan PKR. beliau bukan sahaja mendedahkan kelemahan2 dalam PKR malah mendedahkan keburukan pemimpin2 PKR dan membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ahli2 PKR terdiri dari orang2 yang gila kuasa yang sanggup melakukan apa sahaja..

Tanpa Nama berkata...

setelah kita menyaksikan segala macam insiden yang berlaku dalam PKR, sebenarnya lebih dari cukup untuk kita buat kesimpulan bahawa PKR tidak layak untuk memimpin negara dan tidak layak untuk membela nasib rakyat. tidak ada jaminan bahawa negara dan rakyat akan jauh lebih baik dari hari ini jika mereka2 ini yang memerintah negara.

elia berkata...

Memang tidak ada yang sempurna. Jika Zaid sudah tidak sedondon lagi dengan PKR keluar saja la. Tidak perlu berdolak dalih untuk mendapat perhatian. Biarkan Anuar dan Azmin. Kalau berani masuk lah BN...