Isnin, 8 November 2010

Prihatin Masalah Kesihatan Wanita

SELANGOR KINI

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teratai, Janice Lee Ying Ha berkata, konsep pembangunan bagi kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) adalah mengutamakan rakyat dengan menaik taraf kehidupan dari pelbagai bidang selain kemudahan pembangunan di kawasan masing-masing.

Menurut beliau, antara kemudahan yang diberikan adalah penubuhan tabung Tawas, bekalan air percuma, pinjaman mikro kredit dan terakhir adalah program perkhidmatan mamogram percuma kepada golongan wanita.

“Janice Lee berkata, apa yang dilakukan Pakatan sepanjang tiga tahun ini adalah dengan menjaga kebajikan rakyat semenjak lahir hinggalah ke penghujung usia,” katanya.

Menurut beliau lagi, perkhidmatan kesihatan ini akan diberi kepada wanita mengikut pecahan kawasan Dun masing-masing.

“Kita juga ada melancarkan Skim Kesihatan Percuma, yang mana skim tersebut turut menawarkan pemeriksaan kanser payu dara melalui kaedah mamogram secara percuma, bagi menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan, jelas beliau.

Tambah beliau, Kali ini kerajaan bagi setiap bulan setiap Dun empat puluh empat wanita untuk membuat pemeriksaan payu dara terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Tiada ulasan: