Jumaat, 19 November 2010

Pendidikan Seks tidak mampu tangani gejala sosial

Oleh Hafizan Taib

SHAH ALAM – Mata pelajaran Pendidikan Seks dikhuatiri tidak mampu menyelesaikan gejala kelahiran anak luar nikah, pembuangan bayi dan penularan hubungan seks bebas.

Exco Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali berkata, kegelinciran moral dan tanggungjawab di kalangan muda belia harus dilihat dari pelbagai sudut pandangan, dan ia perlu ditangani secara holistik dan bersepadu.

Kementerian Pelajaran dilapor bercadang memperkenalkan mata pelajaran Pendidikan Seks tahun hadapan, sebagai tujahan memerangi gejala pembuangan bayi dan moral mutakhir ini.

Dr Halimah melahirkan kebimbangan mata pelajaran yang cuba diajarkan pada anak-anak bersifat terhad dan terlalu khusus. Beliau meletakkan kepentingan kepada pembinaan jati diri insan yang bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri, bahkan kepada keluarga, rakan dan masyarakat.

“Sebenarnya, kalau proses pendidikan ini syumul, holistik dan sepadu, maka segala benda atau tujuan pendidikan… akan sampai pada matlamatnya dan mampu menjamin masa depan,” katanya.

Persoalannya, sejauh mana keberkesanan sistem pendidikan nasional dalam memerangi kegelinciran moral, sehingga mendesak kepada pengenalan matapelajaran Pendidikan Seks.

“Kita tidak boleh tergesa-gesa adakan mata pelajaran pendidikan seks ini, hanya kerana gejala pembuangan bayi, kelahiran anak luar nikah, jual anak, berlelusa sekarang ini,” katanya.


13 ulasan:

Paquin berkata...

Hal ni perlu dikaji sedalam mungkin bagi mengelakkan maslaah lain timbul. Tambahan pula ia kuran sesuai dgn budaya di Malaysia.

Paquin berkata...

Apapun, saya tetap akan bagi sokongan jika perkara ni dilaksanankan asalkan ia memberi manfaat kepada semua pihak.

Tanpa Nama berkata...

cadangan itu sebenarnya bukan penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan remaja, sebaliknya hanya penyelesaian jangka pendek dan tidak memfokuskan kepada persoalan utama masalah yang berlaku. pihak kementerian sepatutnya berbincang terlebih dulu serta berusaha mendapatkan pandangan semua pihak sebelum merangka mekanisme pelaksanaannya.

Tanpa Nama berkata...

kajian teliti dan mendalam amat perlu supaya hasilnya nanti tepat kepada punca permasalahan dan sekali gus mendorong kepada penyelesaiannya secara tuntas. gesaan melulu tanpa mekanisme jitu dan kesediaan pihak guru pasti menimbulkan permasalahan baru. sekiranya subjek pendidikan seks ini dilaksanakan tetapi tidak mencapai objektif digariskan, maka guru pula yang akan dipersalahkan.

Tanpa Nama berkata...

lebih baik wujudkan pendidikan sahsiah diri daripada pendidikan seks yang mana lebih mendedahkan pelajar kepada budaya seks.

zam berkata...

pekara ini perlu diteliti dengan sebaiknya. pelbagai pekara juga perlu dipertimbangkan.

Unknown berkata...

Pendidikan seks sahaja tidak akan bantu dalam menangani gejala sosial. Kerajaan kenalah membuat kajian terhadap punca utama pelajar terlibat dalam masalah sosial dan cari kaedah untuk menanganinya.

Unknown berkata...

Semoga masalah sosial ini akan diselesaikan.

Anak Sabah berkata...

Saya berpendapatan bahawa pendidikan seks untuk para pelajar ada kebaikan asalkan dijalankan dengan cara yang betul. Kebanyakan ibu-bapa di Malaysia amat pantang membincangkan isu Seks dengan anak mereka, dan disebabkan sikap ingan tahu, mereka mendapatkan ilmu dan persepsi yang salah mengenai seks.

Adalah wajar mengaitkan pendidikan moral/agama dalam pendidikan seks supaya boleh menerangkan mereka tentang seks dan pada masa yang sama boleh menyelit nilai-nilai moral dalam para remaja.

Anak Sabah berkata...

Walaupun pendidikan seks ini tidak boleh menyelesaikan masalah masalah sosial sepenuhnya. Tapi ia masih diperlukan. Jika tidak melancarkan pendidikan seks di sekolah, sekurang-kurangnya ibu-bapa sendiri yang perlu menjelaskan kepada anak mereka.

Untuk menghindari masalah seperti membuang bayi dan hamil luar nikah, ibu-bapa juga perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk memperhatikan ataupun menunjukkan jalan yang betul untuk anak mereka. Banyakkan berkomunasi dengan anak dan galakkan mereka untuk membincangkan masalah mereka.

elia berkata...

Tidak ada salahnya kita memberikan pendidikan ini terlebih dahulu. Dalam masa yang sama kita mencari alternatif lain untuk dijadikan persediaan jika method ini tidak berkesan.

nurfatihah berkata...

Deep down inside me, I am agree with this article.

nurfatihah berkata...

Walaupun agak janggal bagi para ibu bapa yang menjelaskan kepada anak-anak, tapi saya rasa didikan dari rumah lebih berkesan berbanding sekolah. Ibu bapa yang rapat dengan anak-anak boleh menjelaskan mengapa dan kenapa golongan remaja perlu menjaga sahsiah diri sendiri.