Khamis, 4 November 2010

Pemuda PKR tingkat usaha pujuk pengundi luar balik undi di Galas, Batu Sapi


KUALA LUMPUR— Tinggal beberapa jam sebelum tempoh berkempen pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi berakhir, sayap pemuda PKR, AMK mempertingkatkan usaha meminta pengundi luar pulang ke kawasan masing-masing untuk mengundi.

Ketua Penerangan AMK Lee Khai Loon berkata, partisipasi pengundi luar bukan sahaja akan meningkatkan peratusan keluar mengundi, malah membantu Pakatan Rakyat memenangan pertarungan sengit dengan BN.

“Ramai orang muda yang bekerja di bandar dipohon pulang ke kampung untuk mengundi (kerana) persaingan di antara Pakatan Rakyat dan BN sangat sengit,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut beliau, Pakatan Rakyat turut memerlukan lebih ramai anggota sukarelawa untuk menghadapi jentera BN yang menurut dakwaannya mempunyai pelbagai taktik kotor.

“Sukarelawan boleh membantu memantau keadaan serta mengurangkan penyelewengan (kerana) terdapat banyak penyelewengan termasuk pengundi hantu atau nama tercicir (dari buku daftar pemilih),” ujarnya kepada The Malaysian Insider.

Tidak cukup dengan itu, rakyat juga dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan kepada PR demi menampung kos berkempen di kedua-dua pilihan raya kecil yang berlangsung serentak itu sejak 26 Oktober lalu.

“Sumber kewangan bagi kami amat bergantung kepada derma dan sumbangan daripada penduduk tempatan,” ujarnya.

Beliau turut meminta semua pihak supaya menyebarkan informasi berhubung kempen PR khususnya kepada pengundi berdaftar.

Sebaran yang dimaksudkan, katanya, termasuk membuat 10 panggilan kepada rakan-rakan yang mengundi di Galas dan Batu Sapi supaya masing-masing boleh pula untuk membuang undi yang dijadualkan pada hari esok (Khamis ).

21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

harap semua pengundi dapat keluar mengundi untuk menunaikan tanggungjawab mereka.

Hamdan Hadillah berkata...

Memang kita mengharapkan semua pengundi akan melaksanakan tugas mengundi. Kerana ini adalah demi kepentingan masa depan juga.

Bujang Senang berkata...

PAS di Galas telah berusaha untuk merebut undi rakyat disana dengan memberikan RM250 untuk tambang mereka balik menggundi. Kita tidak pasti adakah PAS terdesak melakukan sedemikian rupa kerana kurang sokongan dari rakyat.

Mahsiran berkata...

Tunaikan tanggungjawab anda itulah yang penting. satu undian sungguh bermakna untuk mana-mana parti. tapi para pengundi pilihlah yang terbaik untuk seluruh rakyat dan bukan diri sendiri. Semoga berjaya.

Anak Sabah berkata...

Ya, sampai PAS sanggup memberikan RM250 sebagai kos pengangkutan.

mantra berkata...

semua pengundi pergilah mengundi. tunaikan tanggungjawab anda.

Unknown berkata...

tidak lama lagi keputusan undian akan diketahui. Semoga calon yang terbaik akan menang.

maya berkata...

Ini memang penting pengundi yang layak mengundi mesti datang untuk menjalankan tanggungjawab mereka, maka usaha perlulah ditingkatkan agar semua pengundi dapat datang.

maya berkata...

Salah satu punca kekalahan sesebuah parti yang bertanding ialah disebabkan pengundi tidak dapat datang dan menjalankan tanggungawab mereka.

Tanpa Nama berkata...

moga proses pengundian ini berjalan dgn lancar.

samm berkata...

buatlah pilihan yang tepat. pilihlah parti yang benar-benar ikhlas berkhidmat untuk rakyat.

Unknown berkata...

jangan sia2 undi anda, balik segera ke kampung dan undilah parti pemerintah. pembangkang ibarat lidah bercabang, mereka akan cakap apa sahaja yang mereka suka..

Unknown berkata...

kesempurnaan sesebuah parti atau calon bukan terletak pada perjuangan mereka atau kemampuan mereka mengelirukan rakyat. tidak ada parti politik yang sempurna melainkan rakyat sendiri yang bertindak untuk menyempurnakan mereka.

Unknown berkata...

abaikan apa sahaja yang keluar dari mulut pembangkang. nilailah parti atau calon berdasarkan kemampuan mereka melaksanakan pembangunan, bukannya kemampuan mereka bercakap dihadapan rakyat.

Antanum berkata...

Jika mereka mahu berbuat demikian, mereka akan buat dengan rela hati.

Paquin berkata...

Akhirnya kini pasti. BN menang!!!

Paquin berkata...

Semoga kemenangan BN ni mampu membuktikan pada pembakang, sememangnya BN masih kukuh di hati rakyat.

Paquin berkata...

Taniah kepada Datin Linda kerana mampu mempertahankan kedudukan BN.

Paquin berkata...

Kini semuanya sudah berakhir, jangan lagi ada penyesalan. Sama2 lah kita harapkan yang terbaik hasil daripada kemenangan BN ni.

Paquin berkata...

kepada BN buktikan pada rakyat bahawasanya mereka membuat pilihan yang tepat. Teruskan perjuangan BN :)

Gopuk berkata...

Ternyata usaha itu hanya sia2..