Khamis, 4 November 2010

49.61 peratus keluar mengundi

GALAS - Sehingga jam 12, peratus keluar mengundi sebanyak 49.61 peratus. Seramai 5732 orang telah mengundi sejak jam 8.00 pagi tadi. Sejumlah 11,426 pemilih berdaftar bagi Dun Galas.

Wartawan bertugas yang membuat tinjauan awal ke beberapa lokasi tempat mengundi sejak awal pagi tadi mendapati suasana tempat mengundi terkawal dan berjalan lancar.

Biarpun cuaca mula panas menjelang tengahari, sebahagian besar penyokong masih tidak berganjak dari tempat pembuangan undi. Pengundi juga masih bertali arus menjelang tengahari.

Menurut laporan wartawan di pusat pengundian di SJK (C) Cawangan Pulai, seorang anggota polis memaklumkan suasana di pusat pengundian itu sebagai paling aman.

Hanya sedikit penyokong dari kedua-dua parti tertumpu di sana. Jumlah pengundi di lokaliti SJK (C) Cawangan Pulai adalah 471 orang.

Tiada ulasan: