Khamis, 19 Ogos 2010

'Pindaan Akta Pekerja hanya untungkan majikan'

Abdul Rahim Sabri

Parti Sosialis Malaysia (PSM) mendesak kerajaan menghentikan kesemua pindaan akta yang melibatkan kepentingan pekerja kerana ia didakwa lebih menindas dan mengurangkan hak-hak sedia ada mereka.

Pengerusi PSM Dr Nasir Hashim (kanan) mendakwa, cadangan pindaan Akta Pekerja 1955, Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan Akta Kesatuan Sekerja 1959 itu hanya memberi kelebihan kepada majikan.

"Rakyat menderita kerana hak mereka akan ditarik balik," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PSM di Brickfields, Kuala Lumpur.

"(Kita) kembali ke zaman penghambaan sedangkan kita mengganggap pekerja sebagai tulang belakang negara dan bukan komoditi."

PSM sebaliknya mendesak kerajaan sekali lagi memperkenalkan akta gaji minumum, pendaftaran autormatik dalam kesatuan sekerja dan mengutamakan gaji pekerja daripada pembayaran hutang syarikat.

Dalam sidang media yang sama, ahli jawatankuasa PSM V Selvam mendakwa cadangan pindaan itu dibuat dengan tidak mengambilkira pandangan daripada Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan NGO terbabit.

Menurut Selvam (kiri sekali), antara cadangan pindaan yang harus ditolak antaranya dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 didakwa membenarkan majikan melewatkan pembayaran gaji kerja lebih masa sehingga tempoh 30 hari.

"Sekarang ini, gaji lebih masa dibayar dalam tempoh tujuh hari. Kebanyakan pekerja di Malaysia bergantung kepada gaji itu supaya tanggungan mencukupi," katanya.

Manakala, dalam Seksyen 60A akta yang sama pula didakwa membenarkan majikan menentukan waktu bekerja yang "tidak munasabah" apabila pekerja boleh memulakan tugas seawal jam 5 pagi, dakwanya.

Sementara itu, mengulas mengenai gaji minimum, Dr Nasir berkata cadangan jumlah RM1,500 yang diperjuangkan mereka amat bersifat anjal.

Beliau yang juga Adun Kota Damansara berkata, dalam keadaan ekonomi tertentu, seperti inflasi atau peningkatan taraf hidup, nilainya harus berubah.

"(Tetapi) ia tidak boleh dikurangkan daripada jumlah tersebut," jelasnya.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

undang2 buruh di Malaysia mmg perlu dipinda, tp bukan dipinda untuk mengurangkan hak2 dan kepentingan pekerja.Harus disedari, pekerja adalah aset penting kepada negara, tanpa pekerja negara dan organsasi takkan beroperasi dan berkembang. pekerja2 di Malaysia perlu diberikan keutamaan.

joey berkata...

pindaan terhadap akta pekerja memang patut dilakukan. namun pindaan tersebut perlulah mengambil kira pendapat daripada MTUC dan pihak majikan. ini penting kerana ianya akan mewujudkan hubungan pekerjaan yang baik.

joey berkata...

sebelum pindaan dilakukan kajian perlulah dijalankan agar pindaan yang bakal dibuat tidak menjejaskan mana-mana pihak.

rasanya pendapat dari pelbagai pihak juga boleh diminta berhubung hal ini. Ini termasuklah pendapat dari ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang hubungan pekerjaan.

Anak Sabah berkata...

Kedua-dua hak pekerja dan juga majikan pun perlu dijaga. Diharapkan akta yang bermanfaat kepada dua-dua belah boleh dipinda.

Tanpa Nama berkata...

pindaan akti ini perlulah mengambil kira kepentingan majikan dan pekerja. oleh itu, ia perlu mengambil pandapat daripada kesatuan2 sekerja dan kesatuan majikan.

Tanpa Nama berkata...

cadangan pindaan akta pekerja ini banyak menerima tentangan malah ada pihak yang merancang perarakan besar2an sebagai bantahan terhadap cadangan ini. namun sehingga hari ini belum ada kenyataan rasmi atau pengumuman dari Kementerian Sumber Manusia berhubung dengan kelulusan cadangan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

jika cadangan ini dilihat sebagai satu keperluan untuk negara atau kerajaan dengan melihat kepada perkembangan2 semasa, diharapkan kementerian akan berbincang terlebih dahulu dengan kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi2 lain yang berkaitan untuk menyelesaikan perkara ini.

Tanpa Nama berkata...

berkenaan dengan skim gaji minimum, ia wajar dilaksanakan tetapi perlu mengambilkira impak2nya dengan melihat keberkesannan pelaksanaannya oleh negara2 lain. sebenarnya, untuk membasmi kemiskinan tiada cara yang lebih baik dari pekerja sendiri meningkatkan kemahiran dan tahap pendidikan bagi melayakkan diri mereka menerima tingkat gaji lebih tinggi. Semua ekonomi maju di dunia mencapai kemajuan kerana mereka memiliki lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi berbanding berkemahiran rendah.

Unknown berkata...

kenapa harus dipinda akta tersebut? kerana dengan adanya akta ini akan membebankan perkerja. Contohnya "pindaan yang harus ditolak antaranya dalam Seksyen 19 Akta Kerja 1955 didakwa membenarkan majikan melewatkan pembayaran gaji kerja lebih masa sehingga tempoh 30 hari." Sekiranya lewat pembayaran, pekerja mahu makan guna apa? tidakkah ini membebankan pekerja tersebut. Hanya akta-akta tertentu sahaja yang perlu dipinda.

Bi berkata...

Bila membaca artikel, bagi saya tidak ada point untuk menyokong hujah yang mana pindaan akta pekerja hanya menguntungkan majikan sahaja...

Tapi apapun saya sokong usaha untuk mengikut standard minimum gaji pekerja. Sebab ini adalah selaras dengan peredaran masa dan keuntungan yang dikecapi oleh mana2 syarikat.Dan juga ianya mestilah selaras dengan kelayakkan.

Unknown berkata...

Have to study and review the Act first. If it's a rush implementation, it will only cause more problems for workers.

Unknown berkata...

pada pendapat saya, gaji minimum itu memang patut dilaksanakan. Ini dapat mengurangkan beban para pekerja. tapi apa pun, kajian lebih untuk memastikan kejayaan pendapat ini.