Salhan K Ahmad |
Koh yang memegang portfolio perpaduan negara berkata beliau telah mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan tersebut, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang warga pendidik di negara ini.
"Tindakan tegas perlu diambil dan perkara ini tidak diulangi lagi oleh mana-mana pihak.
"GERAKAN rasa kesal dengan insiden ini dan kita kutuk kejadian seumpama ini," katanya yang meminta semua pihak supaya mengambil tauladan daripada kejadian tersebut.
Diminta mengulas pengulangan insiden seperti itu, Koh menafikannya ia sering berlaku.
"Ini baru dua kali berlaku, belum (berulang kali berlaku). Kita harap tidak berlaku lagi selepas ini," katanya ketika ditanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kejadian melibatkan pengetua sebuah sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan