Rabu, 11 Ogos 2010

Objek Menyerupai Bom Jangka Ditemui Berdekatan Pasar Raya Di Serdang

MSTAR ONLINE

KUALA LUMPUR: Satu objek menyerupai bom jangka yang turut disertakan dengan nota amaran berbunyi "you have one hour" ditemui di tempat meletak motosikal sebuah pasar raya di Serdang malam tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang Supritendan Abd Razak Elias berkata objek itu yang diletakkan dalam sebuah kotak kasut dan dibalut dengan suratkhabar ditemui oleh pihak keselamatan pasar raya itu pada pukul 11 malam.

Beliau berkata 10 anggota Unit Pemusnah Bom dari Ibu Pejabat Kontijen (IPK)Selangor menggunakan robot khas untuk mengangkat kotak yang mengandungi objek itu ke kawasan lapang berhampiran untuk diperiksa.

Objek itu kemudian dimusnahkan, katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: