Rabu, 4 Ogos 2010

Najib Ambil "Cuti" Mengejut Timbulkan Spekulasi Tarikh PRU-13

Oleh Dzulkarnain Taib

SHAH ALAM - Langkah tergesa-gesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengambil cuti ke luar negara bermula 28 Julai lalu sehingga 10 Ogos depan menimbulkan pelbagai spekulasi andaian menarik.

Desas desus di kalangan pimpinan Umno ialah Najib bercuti ke luar negara kerana mahu berbincang secara sulit bersama pasukan perancang strategi beliau mengenai tarikh sesuai pengumuman pilihan raya umum ke-13 yang diuar-uarkan tahun ini.

Firma komunikasi antarabangsa pro-Zionis Israel, Apco Worldwide dikatakan memainkan peranan besar menasihati Najib bagaimana memenangi PRU-13.

Pun begitu, menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail, pemergian Najib secara mendadak untuk "bercuti" menunjukkan Perdana Menteri berada dalam keadaan tertekan.

"Ada beberapa faktor besar yang menyebabkan Najib ke luar negara. Dua faktor yang penting yang amat memeningkan kepala PM ialah kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini telah masuk fasa yang amat kritikal yang mendedahkan segala kepincangan kes ini.

"Penyiasatan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene oleh pihak berkuasa Perancis juga menjadi faktor utama Najib kini amat tertekan kerana beliau tidak ada bidang kuasa untuk menghalang dan menutup penyiasatan sekiranya kes yang sama diadili di Malaysia," jelas Azan kepada Suara Keadilan.

Beliau berkata skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang yang membabitkan pendakwaan ke atas bekas Presiden MCA dan juga mantan anggita Kabinet, Tun Dr Ling Liong Sik serta isu kejatuhan paling teruk pelaburan langsung asing sejak tempoh 20 tahun menambahkan tekanan kepada Najib.

"Najib cuba tiru stail Dr Mahathir, bila ada sahaja skandal besar yang beliau tidak mampu berdepan atau menjawab kepada persoalan yang bakal ditimbulkan rakyat, dia 'cabut' awal-awal lagi. Beginilah cara pemimpin Umno-BN menyelesaikan masalah negara - tinggalkan negara dalam keadaan terumbang-ambing dan serahkan kepada timbalan untuk menghadapi kemarahan rakyat," kata beliau lagi.

Menurut kenyataan akhbar pejabat Perdana Menteri pada 28 Julai lalu Najib akan bercuti ke luar negara mulai tarikh tersebut hingga 10 Ogos.

Kenyataan itu juga memaklumkan sepanjang tempoh tersebut, tugas-tugas Perdana Menteri akan dijalankan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Azan mempertikaikan protokol kerajaan yang tidak digunakan oleh Najib apabila seseorang Perdana Menteri itu ingin mengambil cuti.

"Sekurang-kurangnya Perdana Menteri mesti mengumumkan rancangan cuti beliau enam bulan lebih awal tetapi Najib buat cara yang amat tergesa-gesa. Apa yang beliau nak kejar sehingga membuat keputusan meninggalkan pentadbiran negara dalam keadaan terburu-buru?" tanya Azan.

15 ulasan:

joey berkata...

jangan lah kita membuat sebarang andaian tentang hal ini. setiap orang juga memerlukan cuti untuk berehat.

Tanpa Nama berkata...

PM nak bercuti pun nak jadi isu ke? dia pun nak berehat juga.

Leo berkata...

Every leader needs a break once in a while. Let's not simply make speculation.

Unknown berkata...

Tidak payahlah kita memperbesarkan hal ini. Memang patut dia kena mengumumkan rancangan cuti enam bulan lebih awal tetapi kalau unexpected plan,macam mana juga kan.
Dia pun manusia biasa. Biarlah dia ambil cuti.

Jason berkata...

Hah, pasal dia ambil cuti secara tergesa-gesa pun mahu membuat spekulasi. Teda lain keja ka kamu Azan. Biarlah dia bercuti, bila dia balik, pandai2x la ba dia urus kerja dia.

Mahsiran berkata...

orang mahu bercuti sikit pun tidak boleh. nanti orang buat kerja lain lagi khbar angin, ini PM bercuti pun mahu jadi isu jugakah.

Anak Sabah berkata...

Spekulasi tidak menyelesaikan apa-apa masalah.

Hamdan Hadillah berkata...

biarkanlah Datuk PM kita berehat seketika. janganlah media mahu membuat spekulasi tetang percutian beliau.

Ted Medresher berkata...

ada2 ja. rasanya Azan pun terdesak sangat sehingga PM cuti pun dijadikan isu. tidak adakah isu2 lain yang lebih mendatangkan faedah kepada rakyat. kenapa pula PM tergesa? bagaimana pula kalau beliau ambil cuti hujung tahun ini, atau tahun depan.. adakah itu pun tergesa2 juga??

Ted Medresher berkata...

biarlah PM terus bercuti untuk mendapatkan ketenangan sebelum kembali ke Malaysia dan berhadapan dengan karenah2 pembangkang.

mantra berkata...

PM pun perlu bercuti juga, tak lama juga dia brcuti, tak perlu nak wat pelbagai spekulasi.

Logop berkata...

Rasa-rasanya PM kita mungkin stress. Bagus juga dia bercuti supaya bole kasih tenang diri.

Unknown berkata...

Speculation about this matter shouldn't be made. Pm is just as humanly as us. He is not a robot. Give him a bloody break.

zam berkata...

PM hanya ingin bercuti. janganlah kita membuat sebarang andaian yang bukan-bukan.

Unknown berkata...

Making assumption won't take us anywhere.