Isnin, 16 Ogos 2010

Menteri Indonesia mahu M'sia ditegur

MALAYSIA KINI


Menteri luar Indonesia digesa rakan sejawatnya supaya mengeluarkan surat teguran kepada Malaysia berkaitan insiden penahanan tiga petugas anggota penguatkuasa perikanan republik itu.

Menteri kelautan dan perikanannya (seperti menteri perikan) Fadel Muhammad (kiri) mendakwa Malaysia telah salah memasuki kawasan perairan Indonesia, lapor agensi berita negara itu Antara.

Fadel juga memohon keselamatan ketiga-tiga petugas kementeriannya itu dijamin daripada disiksa dan dibebaskan.

Katanya, selepas melaporkan perkara itu kepada pentadbir tertinggi Indonesia, presiden Susilo Bambang Yudhoyono meminta agar perkara itu diselesaikan dengan sebaik-baiknya.

Semalam, media Malaysia melaporkan Pasukan Gerakan Marin yang meronda di perairan Kota Tinggi terserempak dengan lima bot nelayan dalam perjalanan ke perairan Indonesia bersama sebuah bot dipercayai pihak penguat kuasa negara seberang.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Osman Muhammad Sebot dilaporkan berkata, bot penguat kuasa Indonesia itu terus memecut laju memasuki perairan Indonesia sebaik sahaja diarahkan berhenti.

Katanya, polis yang memeriksa lima bot nelayan tersebut kemudian menemui tiga anggota penguat kuasa perikanan Indonesia yang lengkap beruniform tetapi tidak memiliki bersenjata api bersama lapan nelayan tempatan.

Manakala, tujuh lagi nelayan yang telah dibawa oleh bot penguat kuasa Indonesia tersebut menuju ke perairan Indonesia dipercayai dibawa ke Batam, Indonesia.

Tiada ulasan: