Jumaat, 20 Ogos 2010

Kita jumpa di mahkamah, Ezam


sham ‘Tweet’ seks haram dan homosek

Oleh Rahmah Ghazali

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua AMK PKR yang melompat ke dalam Umno, Ezam Mohd Nor kini menghadapi masalah kerana ‘tweet’ yang dipos mengaitkan bekas ketuanya, Anwar Ibrahim dengan seks haram dan homoseksual.

Berang dengan kritikan melampau itu, Ketua AMK PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan "qazaf" terhadap Ezam di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) semalam.

Beliau juga mencabar Ezam bersumpah di mahkamah membuktikan dakwaannya terhadap Anwar adalah benar dengan membawa empat saksi yang adil sepertimana yang diperlukan di bawah undang-undang syariah.

Dalam salah satu dari ‘tweet’ yang dipos pada 24 Julai, Ezam di antara lain, menyusun kata-kata berikut, "saya juga telah lihat betapa jijiknya hanya kerana kuasa politik seorang sanggup menjadi dayus biarkan bosnya berzina dengan isterinya sehingga beranak luar nikah".

Dalam posting yang lain, Ezam juga berkata, "saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat".

Shamsul bagaimanapun menuduh Ezam terdesak "untuk meraih populariti" dengan serangan terbaru terhadap Anwar.

Qazaf bermaksud membuat tuduhan palsu kepada orang Islam yang beriman, lelaki atau perempuan, melakukan homoseksual atau persetubuhan haram.

Jika didapati bersalah, seseorang boleh didenda RM5,000 atau tiga tahun penjara di bawah Seksyen 41, Akta Undang-Undang Jenayah Syariah.

Kita tahu beliau merujuk kepada Anwar

Walaupun Ezam tidak menyebut sesiapa dalam ‘tweet’ yang dipos itu, Shamsul berkata ini menjadi semakin jelas apabila media mula memuat kenyataan-kenyataannya dari alat rangkaian sosial yang popular itu.

"Beliau mula pos pada 24 Julai sehingga media memetiknya mulai 12 Ogos (di mana nama Anwar disebut). Kini kita mempunyai semua bahan bukti bertulis," katanya.

Shamsul berkata, "ianya menjadi semakin jelas apabila Ezam mencabar isteri Anwar, Wan Azizah Wan Ismail yang juga presiden PKR, mengangkat sumpah untuk membuktikan Anwar tidak bersalah."

Perang mulut di antara Ezam dan Wan Azizah kemudian timbul di media, apabila Wan Azizah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika beliau (Ezam) mengaitkannya dalam tuduhan melibatkan Anwar itu.

Bukan setakat itu, Ezam mencabar Wan Azizah untuk mengangkat sumpah untuk membuktikan kebenaran Anwar.

Menurut Shamsul, Jawi telah membuka fail laporan terhadap Ezam dan "mereka berjanji untuk menjalankan siasatan" terhadap tuduhan itu.

Tiada ulasan: