Ahad, 8 Ogos 2010

Kes sebutan Sime Darby Zambri 28 September


IMG00133-20100806-0918 Oleh Fazy Sahir

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 28 September depan sebagai sebutan semula kes rasuah terhadap Pengurus Besar Marine di syarikat Sime Darby Bhd, Zambri Mohd Iderus.

Zambri, 39, mengaku tidak bersalah di atas dua pertuduhan iaitu pertama berhubung Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menerima suapan bernilai RM50,000 dan RM49,000 daripada syarikat Arrow Platform Sdn Bhd.

Manakala pertuduhan kedua dibawah bawah Seksyen 132 (2) (B) Akta Syarikat iaitu membekalkan maklumat harga anggaran bidaan projek Copper Nickel Piping kepada Kamarudin Hussin yang mempunyai kepentingan dalam syarikat Aeroplatform (M) Sdn Bhd tanpa kebenaran pengurusan Sime Darby Engineering dengan menerima dua keping cek bernilai RM99,000.

Hakim Tuan Azhaniz Azman Teh kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 serta pasport antarabangsa tertuduh disimpan sehingga kes selesai.

Ia bagi membolehkan pihak pendakwaan mengemukakan dokumen kepada pihak pembelaan.

Pihak pendakwaan diwakili Kevin Morais manakala tertuduh diwakili Jason Tay.

Tiada ulasan: