Khamis, 12 Ogos 2010

Kebakaran: Saat cemas berjaya dirakam penghuni flat guna kamera telefon bimbit

SELANGOR KINI


PELABUHAN KLANG – Seorang penghuni pangsapuri Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang terlibat dalam kebakaran di Pandamaran Jaya, Selasa lalu berjaya merakamkan detik cemas dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Kebakaran terbabit dipercayai bermula kira-kira jam 4 petang dengan membabitkan 16 penghuni dari 10 unit rumah dalam pangsapuri ini.

Semasa kejadian, lima keluarga yang menghuni di tingkat lima iaitu tingkat teratas pangsapuri ini tidak sempat menyelamatkan harta benda mereka malah ketika ditempatkan ke Dewan Serbaguna Pandamaran Jaya, Pelabuhan Klang,mereka hanya datang sehelai sepinggang sahaja.

“Saya tak dapat selamatkan barang, sehelai sepinggang surat beranak, surat-surat semua habis, saya cuma dapat anak yang berusia 6 bulan, sehelai sepinggang sehelai dua itu saja bawa, tak bawa apa pun”, Kata Azlin Mohamad Ali, 27 tahun.
.
Menurut Azlin, punca kebakaran dipercayai bermula dari unit pangsapuri di sebelah rumahnya yang didiami pekerja dari Bangladesh yang bercuti pada hari kejadian kerana beliau ada menghidu bau masakan kari dari rumah terbabit.

Katanya jiran Cina sebelah rumahnya memberitahu warga asing ini meninggalkan rumah sejurus selepas memasak dan kemudian menghala ke kedai untuk membeli makanan.

“Jadi bila asap makin tebal, makin lama makin kuat, saya dengar satu bunyi letupan kuat, lepas itu saya pergi ke rumah ketua blok saya panggil suruh telefon bomba, lepas dia telefon bomba itulah berlaku lagi dua letupan, lepas itu saya terus turun ke bawah, lari dengan anak-anak, saya jiran India, Cina yang ketika itu semuanya sedang tidur”.

Kejadian ini diakui sendiri ketua Blok A pangsapuri PKNS ini, Zainal Jalal apabila beliau mendengar jeritan jiran dari tingkat lima mengatakan ada kebakaran sedang berlaku bersebelahan rumahnya.

“Masa kejadian tu saya mula dalam pukul 4 lebih, saya bangun tidur sebab saya kerja malam, pukul 4 lebih tu saya bangun tidur nak makan nasi, lepas itu bau asap tanya orang rumah saya, apa asap ini kan? Dia cakap tak ada apa-apa, sementara saya makan tak habis suap lagi orang di atas dah jerit, acik-acik dia panggil saya ada asap, ada api kat atas, itu saya berlari naik tengok lepas itu tengok rumah nombor A-5-5 itu, penyewa Bangladesh tengok tingkap sebelah kiri asap putih yang satu lagi asap gelap, ada cermin pecah sikit itu yang saya dapat tengok itu ada api merebak naik”.

Kebakaran yang berlaku sehari sebelum umat Islam berpuasa di bulan Ramadan dilaporkan tidak melibatkan kemalangan jiwa. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasat pihak Bomba.

Tiada ulasan: